• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Dan Selangor Punyai Misi Tersendiri

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan pemain Selangor tidak menghadapi sebarang tekanan tetapi sebaliknya teruja untuk melayan Kedah pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam di sini, malam esok.

Ketua pasukannya, Shahrom Kalam berkata pasukannya tidak terasa tertekan kerana kekuatan pasukan itu tidak bergantung kepada mana-mana individu tetapi kemampuan pasukan secara menyeluruh.

“Semua pemain tahu peranan masing-masing. Kita juga tidak menghadapi sebarang tekanan sebaliknya teruja apabila layak ke final,” katanya pada sidang media menjelang perlawanan final itu di sini hari ini.

Menurutnya biarpun tidak tertekan beraksi di laman sendiri, namun tidak memandang mudah pasukan Kedah kerana mereka memiliki barisan penyerang yang mampu merobek gawang lawan.

Justeru, benteng pertahanan Selangor mempunyai tugas berat untuk mengekang pergerakan barisan depan pasukan lawan, katanya.

Sementara itu, kapten Kedah, Khairul Helmi Johari berkata pasukan telah memperbaiki banyak kelemahan semasa latihan dengan memberi tumpuan kepada bentang pertahanan.

“Kami juga tidak boleh memberi ruang kepada Selangor untuk mencipta peluang melakukan jaringan,”katanya pada sidang media bersama itu.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada aksi final edisi 2008 di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang menyaksikan Kedah muncul juara menerusi kemenangan tipis 3-2.

Kali terakhir Selangor memenangi Piala Malaysia pada 10 tahun lepas, iaitu pada tahun 2005. Selangor juga mempunyai tugas berat untuk merealisasikan misi kali ke-33 untuk menjulang Piala Malaysia itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-0A15nzk3rs[/wpdevart_youtube]

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd