• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kalau Betul Azian Sindir, Saya Cuma Boleh Cakap…

oleh AK-47
12/12/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENTAS separuh akhir program realiti Gegar Vaganza (GV2) pada Ahad lalu, menyaksikan penyanyi Azian Mazwan Sapuwan gagal melayakkan diri ke peringkat final.

Namun, dalam pada itu muncul komen-komen negatif menyifatkan Farahdhiya, 31, tidak layak berada di pentas akhir ekoran tahap vokalnya yang dikatakan tidak mengikut tema ‘Karok Tarikkk‘.

Lebih panas, Azian yang merupakan peserta terakhir GV2 tersingkir telah muat naik status di Instagram berbunyi: “Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk ‘Sedalam Mana Cintamu’… Bukan karok mendatar ye!!”.

104209i5huhlz7zhq5f57l

Kata-kata itu sekali gus membuatkan ramai netizen beranggapan Azian kononnya sengaja mahu menyindir penyampaian nyanyian Farahdhiya dalam lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu.

Mengulas perkara itu, Farahdhiya berkata, dia tidak mengambil pusing kritikan negatif orang terhadapnya kerana merasakan ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepadanya.

“Saya pada mulanya tak tahu pasal hal ini tetapi kebanyakan peminat dan rakan mesej saya bertanyakan apakah tulisan Azian itu sindir saya kerana vokal tak ikut tema ‘Karok Tarikkk?’

“Kalau ikutkan memang pada persembahan semi final itu saya menyanyi agak low sebab ubah susunan muzik ikut keadaan kesihatan vokal pada ketika itu.

“Saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya percaya rezeki itu di tangan Tuhan. Hal lain-lain yang negatif saya tak mahu fikir.

“Kalau betullah Kak Azian menyindir saya, saya cuma boleh cakap Alhamdulillah. Saya tak pernah nak layan semua ini sebab bagi saya tidak mendatangkan hasil.

“Kalau saya yang tersingkir pada semi final itu pun saya terima dengan hati terbuka. Tetapi sudah rezeki saya sampai ke pentas akhir GV. Kita kan ada juri yang membuat penilaian,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini berkata, dia tidak dapat meneka hati seseorang sama ada benar dia disindir atau sebaliknya.

“Sindir atau bukan, saya tak mahu ambil tahu. Komen negatif lain saya tak mahu layan sebab banyak kerja nak dilakukan… nak hafal lirik dan nak selesaikan shooting drama lagi… ini pun suara saya masih serak sebab batuk.

“Cuma saya nak cakaplah, jangan salahkan peminat atau pengguna laman sosial kalau kita yang timbulkan hal yang menjadi isu besar,” katanya kepada Mangga Online.

Peserta Gegar Vaganza 2.
Peserta Gegar Vaganza 2.

Farahdhiya bakal menyampaikan lagu Janji Manismu (nyanyian asal Aishah) di pentas akhir GV Ahad ini yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor, bermula pukul 9 malam.

Sumber: Mangga Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=KPq2GBmlIBc]

Tags: FarahdhiyaGegar Vaganza
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perkarangan Stadium Shah Alam Bertukar Jadi Tapak Pesta

Next Post

Alibaba Ambil Alih Syarikat Akhbar Terbesar Hong Kong

Related Posts

Catat Sejarah! GV7 Dinobat Program Muzik, Tarian Terbaik Asia!

06/12/2021
0

PROGRAM realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) mencatat sejarah tersendiri apabila membawa pulang anugerah berprestij di Asian Academy Creative Awards...

Hady Mirza, Naqiu Juara Bersama GV6

23/12/2019
0

SHAH ALAM - Keputusan pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) mengejutkan peminat apabila buat kali pertama, dua peserta diumumkan...

Next Post

Alibaba Ambil Alih Syarikat Akhbar Terbesar Hong Kong

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd