• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alibaba Ambil Alih Syarikat Akhbar Terbesar Hong Kong

oleh
22/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Firma e-dagang utama China, Alibaba Group Holding Limited, menandatangani perjanjian muktamad untuk mengambil alih syarikat akhbar terbesar Hong Kong, South China Morning Post (SCMP).

Ia turut meliputi segala aset lain milik SCMP Group Limited yang ditubuhkan sejak 1903 ketika era terakhir maharaja China dinasti Qing sebelum dikuasai taikun bilionaire terkaya Malaysia, Robert Kuok pada 1993 lalu.

Perjanjian itu menggabungkan kecemerlangan dan warisan editorial SCMP dan kepakaran digital syarikat Alibaba dalam menyediakan berita dan analisis menyeluruh berita-berita besar yang berlaku di Hong Kong dan China.

Naib Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Joe Tsai berkata SCMP sangat unik memandangkan harian tertua ini banyak memberi tumpuan ke atas liputan semua peristiwa penting berlaku di China dalam bahasa Inggeris.

scmp2

“Kedudukan ini menjadikan SCMP pilihan dalam kalangan pembaca di seluruh dunia yang mahu mendalami ekonomi kedua terbesar dunia itu,” katanya menerusi satu kenyataan yang dipetik agensi berita Bernama di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SCMP, Robin Hu berkata, kepakaran yang sudah terbukti, terutama dalam platform Internet mudah alih, meletakkan Alibaba dalam kedudukan terbaik untuk memanfaatkan teknologi.

Ia sekali gus mewujudkan kandungan yang lebih cekap dan sampai pantas kepada pembaca antarabangsa. Alibaba diasaskan Jack Ma di Hanzhou, China pada 1999 kini memiliki pendapatan bersih 24 bilion yuan (RM16 bilion).

Pengambilalihan bernilai lebih AS$100 juta (RM433 juta) mencetuskan kritikan pelbagai badan hak asasi media antarabangsa sebagai ‘cara halus’ pemerintah China untuk menguasai kebebasan bersuara akhbar di Hong Kong.

Pihak pengurusan SCMP bagaimanapun menafikan pengambilalihan secara mengejut itu lebih berbaur politik, sebaliknya mendakwa ia hanya amalan urusan perniagaan biasa yang berlaku terhadap mana-mana syarikat.

Selain akhbar perdana SCMP edisi pagi dengan edaran harian lebih 100,000 naskhah, Alibaba juga mengambil alih semua pekerja, media luar, acara dan persidangan, pendidikan serta bisnes media digital milik SCMP Group.

Di samping akhbar, terbitan lain SCMP meliputi edisi mingguannya Sunday Morning Post, platform digitalnya SCMP.com dan applikasi mudah alih berkaitan, serta dua laman web China Nanzao.com dan Nanzaozhinan.com.

Pengambilalihan terbesar Alibaba yang dianggap pro-Beijing itu turut termasuk portfolio majalah seperti edisi Esquire, Elle, Cosmopolitan Hong Kong, The PEAK dan Harper’s Bazaar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AlibabaHong Kong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd