• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaedah Pengapungan Terkawal Bahan Api Jimatkan RM11b Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM11 bilion tahun ini hasil daripada pelaksanaan penetapan harga runcit bahan api mengikut kaedah pengapungan terkawal yang bermula Disember tahun lepas.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata langkah rasionalisasi tersebut menepati sasaran kerajaan dalam menghadapi cabaran ekonomi global dan penjimatan untuk disalurkan pada golongan sasaran yang berpendapatan rendah.

“Seperti pengurangan subsidi gula yang kita laksanakan pada tahun 2013, kerajaan dapat menjimatkan RM300 juta setahun dan semua rasionalisasi subsidi ini dikembalikan untuk kebaikan rakyat,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Syed Husin meminta kementerian menyatakan penjimatan daripada penghapusan subsidi-subsidi pada tahun ini mengikut jenis subsidi.

Johari berkata walaupun kerajaan melaksanakan langkah mengurangkan subsidi, ia telah disalurkan untuk meneruskan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti penambahan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setiap tahun dan pemberian bantuan tunai persekolahan.

“Bantuan lain ialah meneruskan Baucar Buku 1Malaysia, penambahan lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia, pembukaan lebih banyak Klinik 1Malaysia dan bantuan pendidikan yang ditambah peruntukannya pada bajet tahun depan,” katanya.

Johari berkata hasil penjimatan juga disalurkan kepada kementerian berkenaan yang boleh menyediakan kaedah untuk membantu rakyat seperti peruntukan untuk pembinaan lebih banyak rumah mampu projek perumahan rakyat (PPR) dan rumah mampu milik.

“Selain dari sasaran penjimatan untuk membantu golongan rakyat, langkah pengurangan dan rasionalisasi subsidi juga didapati mengurang dan menghapus ketirisan,” katanya. – BERNAMA

Tags: kementerian kewangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd