• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jin Wei Perlu Lebih Selektif Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara badminton remaja perempuan dunia, Goh Jin Wei perlu lebih selektif dalam menyertai kejohanan antarabangsa pada tahun depan supaya dapat mengekalkan rentak permainan yang lebih kompetetif.

Bekas pemain perseorangan negara, Ong Ewe Hock berkata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu menyediakan pelan latihan terbaik untuk Jin Wei kerana pertandingan yang berturut-turut akan menjejaskan prestasi pemain itu.

Selepas meraih gelaran Juara Remaja Dunia di Lima, Peru, pada awal November lepas, atlet berusia 15 tahun itu turut menyumbang pingat emas di Sukan Sekolah ASEAN yang diadakan di Brunei beberapa hari selepas pulang dari Peru.

Namun Jin Wei hilang rentak permainan apabila mudah ditewaskan pemain wanita nombor satu negara, Tee Jing Yi di final Grand Prix (GP) Akhir Kebangsaan, Ahad lepas.

“BAM perlu ada perancangan yang baik untuk Jin Wei…jangan terlalu cepat dan jangan terlalu lambat.

“Bagi saya selepas ini Jin Wei perlu menyertai dua atau tiga pertandingan setiap masa sebelum berehat dan meneruskan latihan. Selepas itu, baru kembali beraksi di pertandingan.

“Apabila terlalu banyak pertandingan secara berturut-turut, prestasi atlet akan menurun. Sebab itu, kita perlukan perancangan yang baik untuk memastikan pemain ini dapat mengekalkan rentak permainannya,” kata Ong yang juga jurulatih Kelab Badminton Serdang (Serdang BC).

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penajaan syarikat telekomunikasi Red One kepada Serdang BC di Akademi Badminton X-TRM, Seri Kembangan di sini hari ini.

Jin Wei mewakili Serdang BC yang bersaing dalam Kejohanan Purple League yang akan berakhir Januari depan.

Ong berkata beliau akan mengurangkan penyertaan Jin Wei dalam saingan Purple League bagi memastikan kecergasan pemain itu tidak terjejas.

Jin Wei ketika ditemui mengakui penat dengan jadual pertandingan yang padat pada penghujung tahun ini dan akan lebih memilih menyertai kejohanan yang penting pada tahun depan.

Beliau turut menyasarkan untuk berada dalam kelompok 80 pemain terbaik dunia untuk layak beraksi dalam saingan GP Emas tahun depan.

“Saya akan cuba mendapatkan rehat secukupnya selepas ini dan menjalani latihan untuk persediaan tahun depan. Saya akan lebih memilih kejohanan yang disertai, bukannya mengambil bahagian dalam pertandingan yang berturut-turut,” katanya yang kini berada dalam ranking ke-139 dunia.

Jin Wei akan memulakan saingan musim depan di Cabaran Antarabangsa China dari 19-24 Jan 2016.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]Llgf1slmY-4[/wpdevart_youtube]

Tags: badmintonJin Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd