• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaclyn Victor, Stephen Rahman Hughes Beri Persembahan Mantap

oleh AK-47
25/12/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI terkenal tanah air, Jaclyn Victor bersama gandingannya, Stephen Rahman Hughes berjaya menggegarkan pentas Panggung Sari, Istana Budaya dengan lontaran vokal mantap mereka menerusi persembahan Music Of The Night, An Evening of Favourite Musicals and Film Themes with National Symphony Orchestra pada 19 Disember lalu.

Stephen Rahman Hughes, Mustafa Fuzer Nawi dan Jaclyn Victor bergambar selepas persembahan.
Stephen Rahman Hughes, Mustafa Fuzer Nawi dan Jaclyn Victor bergambar selepas persembahan.

Konsert ini menghimpunkan susunan lagu-lagu tema mantap daripada filem-filem antarabangsa yang terkenal antaranya Star Wars, Batman, Pirates Of The Caribbean,  Harry Potter, The Black Swan, The Lord Of the Ring dan Les Miserable. 

Selain itu, persembahan di bawah iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan pimpinan pengarah muzik terkenal, Mustafa Fuzer Nawi ini turut menampilkan lagu-lagu terkenal dari teater muzikal seperti The Phantom Of The Opera, Cats The Musical dan Puteri Gunung Ledang.

Persembahan yang berlangsung selama dua jam, menyaksikan Jaclyn Victor atau Jac , 37 membuktikan kredibilitinya sebagai penyanyi versatil apabila berjaya membawakan lagu-lagu muzikal yang sukar untuk dinyanyikan dengan gayanya yang tersendiri.

Antara lagu yang dibawakan Jac secara solo adalah Memory dari Cats The Musical dan I Dream A Dream dari filem terkenl Les Miserable. 

Gandingan mantap Jac dan Stephen Rahman sewaktu mempersembahkan lagu All I Ask Of You. dari The Phantom Of The Opera.
Gandingan mantap Jac dan Stephen Rahman sewaktu mempersembahkan All I Ask Of You (The Phantom Of The Opera).

Stephen Rahman Hughes pula, sememangnya pelakon dan penyanyi hebat yang biasa beraksi di pentas West End, London.

Keserasian Jac dan Stephen dapat disaksikan tatkala mereka mempersembahkan beberapa lagu duet yang sememangnya terkenal dalam kalangan peminat muzikal antarabangsa antaranya, All I Ask Of You dari The Phantom Of The Opera dan Di Puncak Tertinggi (Muzikal Puteri Gunung Ledang).

9650cf92-a6a7-4c9d-a26f-2e8fd11e6a61

Persembahan orkestra ini dilihat telah memberi nafas baharu terhadap dunia seni persembahan negara. Konsert yang julung kali diadakan ini juga, berhasil mendapat sambutan luar biasa pencinta muzik tempatan.

Diharapkan agar pihak Istana Budaya akan mementaskan semula persembahan sebegini dengan menampilkan barisan artis hebat lain kerana ternyata ianya merupakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang sering disajikan sebelum ini.

– MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=5AQZ1GIfPs4]

Tags: JACLYN VICTORMusic Of The Night
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Majlis Fatwa Kebangsaan Haramkan Penggunaan Vape

Next Post

Polis Tahan Lelaki Tunjuk Isyarat Lucah Pada Sultan Johor

Related Posts

Jaclyn Surprise Peminat Dengan Lahir Anak Kedua

03/09/2017
0

SEMALAM baru sahaja namanya disebut-sebut kerana lontaran vokal yang padu semasa menyanyikan lagu Gemilang di Majlis Penutup Sukan SEA Kuala...

Tak Dapat Bayaran, Jaclyn Victor Alami Tekanan Teruk

08/02/2017
0

GARA-GARA masih belum menerima baki bayaran Konsert High Note yang berlangsung November lalu, penyanyi Jaclyn Victor mengakui mengalami tekanan yang...

Next Post

Polis Tahan Lelaki Tunjuk Isyarat Lucah Pada Sultan Johor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd