• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jacel Kiram: Tian Chua Beri Keterangan Di Bukit Aman

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis hari ini mengambil keterangan daripada Tian Chua berhubung pertemuan kontroversi Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Anggota Parlimen Batu itu hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersama peguamnya, R. Sivarasa serta beberapa penyokong kira-kira pukul 11.30 pagi untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tian Chua berkata beliau memberi sepenuh kerjasama kepada polis bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan daripada Tian Chua.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan sabotaj,” katanya.

Jacel memuat naik empat keping gambar pertemuan 9 Nov itu dalam akaun Facebooknya, sekali gus mengundang kemarahan pelbagai pihak di negara ini.

Perbuatan itu menimbulkan kemarahan rakyat Sabah dan keluarga mangsa yang terkorban di Lahad Datu sehingga persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 26 Nov lepas meluluskan usul menghalang beliau serta Nurul Izzah daripada memasuki negeri itu. – BERNAMA

Tags: Jacel KiramTian Chua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

Tindakan Disiplin Terhadap Tian Chua Hanya Lepas PRU15 – Rafizi

05/11/2022
0

Sebarang prosiding tatatertib yang dicadangkan terhadap ahli PKR Tian Chua kerana bertanding sebagai calon bebas di Batu hanya boleh dilakukan...

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

PRU15: Tanding Bebas Di Batu, PKR Pecat Tian Chua

05/11/2022
0

TAMBUN : Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua secara automatik dipecat daripada parti berkenaan berikutan tindakannya bertanding atas tiket Bebas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd