• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri ‘Datuk’ Maut Ditetak

oleh AK-47
12/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Seorang wanita berusia 68 tahun yang merupakan isteri kedua kepada seorang pesara bergelar ‘Datuk’ maut ditetak dengan parang di bahagian leher di kediamannya di Taman Lake View, Taiping, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harith Kam Abdullah berkata, ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 7.30 malam itu, pasangan suami isteri terbabit telah dikunjungi oleh saudara perempuan terdekatnya yang berusia 78 tahun bersama seorang pekerja lelakinya yang berusia 57 tahun.

Sejurus selepas kedua-dua tetamu masuk ke dalam rumah tersebut, secara tiba-tiba dua lelaki lain yang menggunakan topeng dan memakai topi keledar meluru masuk ke dalam rumah.

Selepas itu, dalam situasi sama, salah seorang suspek telah bertindak mengikat suami mangsa dengan kain selendang tetamu wanita tersebut manakala tetamu lelaki itu telah diugut dengan parang dilehernya.

Mangsa yang dibunuh sebelum itu telah dibawa masuk ke dalam bilik tidur oleh kedua-dua suspek sebelum mereka bertindak melarikan diri. Kematian mangsa hanya disedari setelah tetamu lelaki berkenaan yang pergi ke bilik tidur berkenaan dan mendapati mangsa telah meninggal dunia dengan darah yang berlumuran di lehernya.

Pihak polis setakat ini hanya menjumpai sebilah parang di luar kediaman mangsa. Selain itu, Harith juga menyatakan, pihaknya kini sedang meneliti motif sebenar kepada pembunuhan tersebut kerana barang kemas milik mangsa tidak diambil oleh kedua-dua suspek berkenaan.

Menerusi hasil siasatan, suami mangsa berkata hubungannya dengan tetamu wanita tersebut berada dalam keadaan yang dingin. Ini menyebabkan pihak polis telah menahan kedua-dua tetamu berkenaan bagi membantu siasatan pihak polis manakala dua suspek yang melarikan diri itu sedang diburu.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat. – SUmber: M Star Online.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=5KchMA4HV1k&w=420&h=315]

Tags: Ipohwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd