• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 0.075% Pelajar A’bangsa Terlibat Dalam Jenayah

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Hanya 0.075 peratus daripada 113,752 pelajar antarabangsa terlibat dengan jenayah di Malaysia, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh hari ini.

Beliau berkata ini adalah kerana kedatangan pelajar asing itu dipantau secara lebih efektif melalui kad identiti pelajar Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS), yang diwujudkan sejak Julai lepas.

Katanya penubuhan EMGS sejak 2013 juga telah mengurangkan kes penyalahgunaan visa pelajar antarabangsa ke negara ini selain membantu meningkatkan jumlah kemasukan pelajar antarabangsa.

“Ramai membuat andaian bahawa setiap kejadian jenayah warga asing adalah melibatkan pelajar antarabangsa. Kemungkinan pelajar ini masuk ke Malaysia sebelum pengenalan kad EMGS.

“Sejak ada pemeriksaan dibuat oleh EMGS, statistik kementerian menunjukkan hanya 0.075 peratus sahaja pelajar terlibat dalam jenayah,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Idris berkata peratusan kecil itu adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, EMGS dan agensi penguatkuasa lain.

Mengulas lanjut, beliau mengakui kementerian tidak mempunyai sebarang kawalan terhadap kemasukan pelajar antarabangsa yang datang ke Malaysia untuk mengikuti kursus tiga bulan di Pusat Bahasa.

“Tanpa kawalan itu, ramai telah menetap melebihi tempoh yang dibenarkan. Tetapi apabila kita memperkenalkan kad pelajar EMGS, semua butiran terperinci mengenai pelajar itu, kursus yang diikuti di universiti mana dan sebagainya boleh dipantau,” katanya.

Dalam pada itu, Idris berkata kementerian juga turun padang dan membuat pemeriksaan mengejut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) untuk memastikan pas pelajar antarabangsa tidak disalahgunakan.

Tanpa mendedahkan institusi terlibat, beliau berkata kementerian telah menggantung empat IPTS daripada mengambil pelajar antarabangsa awal tahun ini kerana melanggar syarat yang ditetapkan EMGS.

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan serantau dan antarabangsa, Idris berkata mesyuarat Kabinet semalam telah meluluskan tiga kaedah baharu bagi memperkasakan prosedur pengambilan pelajar antarabangsa berkuatkuasa 1 Jan depan.

Tiga kaedah itu ialah pelaksanaan permohonan pas pelajar antarabangsa secara dalam talian oleh penuntut itu sendiri kepada EMGS dan pas pelajar akan dikeluarkan mengikut tempoh pengajian dan tidak perlu memohon pembaharuan setiap tahun.

Kaedah ketiga merupakan pas lawatan sosial bagi Program Mobiliti yang boleh dikeluarkan untuk tempoh tiga bulan hingga 12 bulan maksimum.

Bagi pelajar antarabangsa yang sudah memulakan pengajian di Malaysia dan bakal membuat permohonan pembaharuan pas, Idris berkata ia akan diberikan untuk tempoh pengajian, dan permohonan itu perlu dibuat dan diuruskan di IPT masing-masing.

Katanya kementerian berharap untuk mencapai sasaran pendaftaran pelajar antarabangsa seramai 200,000 orang dengan anggaran sumbangan RM15.6 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2020.

Sehingga Okt ini, Idris berkata seramai 113,752 pelajar antarabangsa yang merangkumi 75 peratus dari Asia, 15 peratus Afrika dan bakinya daripada negara lain mengikuti pelbagai kursus di IPT, dengan 32,495 pelajar daripadanya mengikuti kursus sarjana dan doktor falsafah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]e0NTzgV4FRo[/wpdevart_youtube]

Tags: Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bulu Banyak? Ini Cara Buat Wax Dengan Kos RM2 Jer!

Next Post

Lagi Kes Bawa Anjing Dalam Troli, Kali Ini Di Alor Setar

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

Next Post

Lagi Kes Bawa Anjing Dalam Troli, Kali Ini Di Alor Setar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd