• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Bendera S’pura Sebagai Alas Meja, Kedutaan Israel Mohon Maaf

oleh AK-47
30/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEDUTAAN Israel di Singapura membuat memohon maaf susulan tindakan seorang kakitangannya yang menggunakan bendera Singapura sebagai kain alas meja dalam satu majlis jamuan makan yang diadakan di Kondominium Levelz di Farrer Road, pada Ahad lalu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan pada Rabu, Kedutaan Israel menzahirkan rasa terkejut terhadap kesalahan pekerjanya itu.

Pengarah Agung Kementerian Ehwal Luar Israel juga berjanji akan mengambil tindakan disiplin terhadap pekerjanya setelah pertemuan diadakan dengan pihak berkuasa Singapura.

Pada masa sama, beliau menyifatkan kejadian itu sebagai serius, memandangkan hubungan baik yang terjalin antara Singapura dan Israel.

Memetik laporan Mediacorp, beberapa gambar yang dirakam ketika majlis itu jelas menunjukkan bendera Singapura digunakan sebagai alas meja dalam satu jamuan di mana terdapat botol bersepah dan sepasang kaca mata di atasnya.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat berhubung isu ini dan duta Israel di Singapura telah dipanggil oleh Kementerian Ehwal Luar Singapura, (MFA).

Sementara itu, MFA dalam satu sidang media menyatakan, pihaknya mengalu-alukan permohonan maaf dari kedutaan Israel berhubung kesalahan pekerjanya.

MFA menegaskan, menyalahguna bendera negara itu adalah satu kesalahan serius. Kesemua pihak yang berada dalam Singapura termasuk para diplomat dan warga asing haruslah menghormati serta mematuhi undang-undang negara itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=O8Jg8YiVfY0]

Tags: Singapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd