Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Lisa Buat Pemerhatian Untuk...

PETALING JAYA - Pelakon Lisa Surihani memberitahu cara dia mendalami watak wanita mengandung...

Geng Janggut Seludup PATI...

JOHOR BAHRU: Kegiatan penyeludupan migran yang didalangi sindiket dikenali Geng Janggut mengaut keuntungan...

“Tuduhan Aeril Zafrel &...

PETALING JAYA - Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) iaitu David Teo menyifatkan...

PM: Jangan Terpedaya Pihak...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan orang ramai agar...

Gempa Bumi Di Ranau Cetus Panik Rakyat Sabah Pada 2015

KOTA KINABALU – Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter di Ranau, 5 Jun lepas menjadi tragedi hitam luar jangka yang menggemparkan negara, apabila meragut 18 nyawa termasuk pendaki dan malim gunung serta mencetuskan perasaan panik rakyat Sabah pada 2015.

Gempa bumi pada 7.15 pagi Jumaat itu dicatatkan sebagai paling kuat pernah berlaku di Malaysia, dalam tempoh 39 tahun sejak 1976, sekali gus mengatasi rekod gempa bumi terkuat berukuran 5.8 skala Richter di Lahad Datu pada 1976.

Pusat gempa itu yang terletak 16km barat laut Ranau, turut dirasai penduduk yang berada di kawasan lain termasuk Ranau, Kundasang, Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Kesan tragedi itu antara lain mengakibatkan satu daripada ikon puncak Gunung Kinabalu iaitu ‘Donkey’s Ears’, batu menyerupai sepasang telinga keldai, patah selain berlaku kerosakan harta benda dan keretakan bangunan.

Sebelum kejadian gempa bumi berlaku, media tempatan melaporkan sekumpulan pendaki dari negara Barat bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Tindakan tidak beradab pelancong berkenaan membangkitkan kemarahan rakyat Sabah kerana mereka tidak menghormati adat resam tempatan termasuk kesucian dan semangat yang wujud di Gunung Kinabalu.

Pada 12 Jun, Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari terhadap empat daripada pelancong terbabit mulai tarikh tangkap (pada 9 Jun) dan denda RM5,000 atau tiga bulan penjara atas perbuatan mereka.

Ketangkasan malim gunung yang mahir selok-belok di Gunung Kinabalu banyak membantu pasukan keselamatan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) 137 pendaki yang terkandas dan terkorban untuk dibawa turun dari gunung setinggi 4,095.2 meter itu.

Daripada 18 mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi itu, 10 adalah warga Singapura, termasuk pelajar dan guru Sekolah Rendah Tanjong Katong dan seorang jurupandu pengembaraan, yang membuat lawatan ke Gunung Kinabalu.

Rentetan daripada peristiwa itu, kerajaan berpendapat sebuah pusat pemantauan gempa bumi perlu diwujudkan sebagai kesiapsiagaan menghadapi bencana itu, kerana kerana Malaysia khasnya di Sabah masih belum mempunyai pusat khusus untuk mengesan gempa bumi.


Kajian Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendapati walaupun Sabah terletak di luar Lingkaran Api Pasifik namun Kundasang, Ranau, Pitas, Lahad Datu, Kunak dan Tawau berisiko kejadian gempa bumi.

Jabatan Meteorologi melaporkan jabatan itu merekodkan 100 gegaran susulan berlaku selepas gempa bumi pada 5 Jun, dan ini termasuk gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter, pada awal pagi 13 Jun.

Gegaran susulan yang kuat ditambah pula dengan hujan, mengakibatkan banjir lumpur dan menjejaskan hampir 1,000 penduduk di Kundasang, Ranau dan Kota Belud selain gangguan bekalan air di kawasan terbabit dan kerajaan menganggarkan lebih RM100 juta diperlukan bagi kos membaiki kerosakan bangunan dan infrastruktur.

Peranan malim gunung sebagai jurupandu arah berpengalaman di Gunung Kinabalu diiktiraf apabila dipilih menyertai Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat di Gunung (MOSAR).

Aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu yang ditutup sementara waktu bagi kerja-kerja pembaikan kini dibuka semula kepada orang ramai, namun bilangan pendaki dihadkan kepada 100 hingga 120 orang sehari, untuk tempoh dua bulan bagi pendakian percubaan mulai 1 Dis lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]eBEwjy9cTVY[/wpdevart_youtube]

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori