Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

24 Maut Ribut Salji...

WASHINGTON - Wilayah timur Amerika Syarikat (AS) pulih seketika daripada ribut salji besar...

Tetapkan Ajaran Al-Quran Pada...

PUTRAJAYA - Golongan anak muda haruslah diasuh dengan pendidikan al-Quran bermula dengan ajaran daripada...

Kedah Nafi Menang Nasib...

ALOR SETAR – Pengendali pasukan Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff berkata kemenangan ke...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Segamat meningkat sedikit kepada 38 orang...

GAMBAR: Di Sekitar Majlis Resepi Nabila Huda, Izwan

TANGGAL 25 Disember telah melakar sejarah dalam hidup pelakon Nabila Huda apabila sah bergelar isteri kepada pengurus restoran, Mohd Izwan Johar.

BACA: VIDEO: Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Pengurus Restoran

Hari ini, pasangan sama cantik sama padan ini telah diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan di kediaman pihak lelaki di Shah Alam.

Nabila yang mengenakan gaun pengantin berwarna putih rekaan Alia Bastamam nampak manis disamping suami tercinta yang mengayakan tuksedo hitam.

Sebelum ini, menerusi mStar Online, Nabila mendedahkan dia mengambil masa enam bulan untuk memikat suaminya selepas terpikat dengan sikap kesederhanaan jejaka itu.

“Enam bulan pertama perkenalan kami dia tidak pernah sekali pun cuba memikat saya dan hubungan kami sekadar teman biasa sahaja ketika itu.

“Bagaimanapun saya mula terpikat kepada sifat kesederhanaan yang ada padanya selain dia sangat baik dan berbeza daripada lelaki lain jadi saya memberanikan diri meluahkan perasaan kepadanya,” katanya.


Tahniah diucapkan buat pasangan ini dan semoga berbahagia.

Jom kita saksikan gambar di sekitar majlis resepsi Nabila dan suaminya. – MYNEWSHUB.CC

1 2 2-Gambar-Sekitar-Majlis-Resepsi-Nabila-Huda-Dan-Suami-ROTIKAYA 6-Gambar-Sekitar-Majlis-Resepsi-Nabila-Huda-Dan-Suami-ROTIKAYA 7-Gambar-Sekitar-Majlis-Resepsi-Nabila-Huda-Dan-Suami-ROTIKAYA4

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=3HMg37N2ZcE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori