PASTINYA tiada siapa dalam kalangan kita berkeinginan untuk melihat rupa sebenar makhluk halus yang turut dipanggil hantu, syaitan dan jin. Bagaimana pun sesetengah manusia telah dikurniakan kebolehan ini sejak lahir lagi dan sudah terbiasa melihat makhluk-makhluk menyeramkan.
Terbaharu, seorang gadis berkongsi kisahnya yang berkebolehan melihat hantu di Twitter. Dia bukan sahaja bercerita mengenai hantu yang pernah dilihat, malahan melukis gambaran hantu-hantu yang selalu berada dekat dengannya.
Gadis dengan tweethandle @amalinahmd ini, telah mendapat perhatian ramai  yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kisah mistiknya.
Dia berkongsi gambar menyeramkan selepas menulis kicau, “Antara hantu Mel selalu nampak..”



Itulah antara koleksi-koleksi gambar yang dilukis seterusnya dikongsikan gadis bernama Amalina atau Mel ini.
Sememangnya wajah-wajah yang dilukisnya ini menyeramkan bagi kita yang melihat namun sejauh mana kebenarannya tiada siapa benar-benar tahu.
Apa pun kami berharap agar Amalina terus tabah dan tenang menjalani kehidupannya yang sedikit berbeza daripada manusia normal lain. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: World Of Buzz (WOB)
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=s-zM17V4OXU]


