Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

“Isu Tanah Tuduhan Palsu,...

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyelar Tan Sri Rafidah...

KKM Beri Jaminan Siasatan...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kes...

PKPB K.Kinabalu, Penampang, Putatan...

KOTA KINABALU - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang...

Ais Cair Di Gunung...

MENDAKI gunung tertinggi di dunia bukanlah perkara yang mudah. Di Gunung Everest misalnya, 300...

Gabenor Aden Terbunuh Serangan Bom Kereta

ADEN, Yaman – Gabenor wilayah Aden dilaporkan terbunuh hari ini dalam siri serangan bom kereta yang mensasarkan kawasan perumahan, menurut seorang pegawai tempatan dan saksi.

Serangan itu menyebabkan Jaafar Saad serta beberapa pengawal peribadinya maut dalam kejadian di daerah Tawahi.

Wilayah Tawahi kini menjadi antara kubu kuat kumpulan militan termasuk Al-Qaeda. Saad baru-baru ini dilantik sebagai gabenor dan dikenali sebagai seorang yang rapat dengan Presiden, Abedrabbo Mansour Hadi, kembali ke Aden bulan lalu selepas beberapa bulan dalam buangan di Riyadh.

Tentera pro-Hadi, disokong oleh gabungan tentera pimpinan Arab telah melancarkan serangan terhadap kumpulan pemberontak yang mendapat sokongan Iran di Yaman sejak Mac.


Pemberontak berjaya menakluki Wilayah Sanaa dan mara ke bahagian selatan, memaksa kerajaan Hadi melarikan diri.

Kematian Saad hadir sehari selepas utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan perbincangan dengan Hadi di Aden yang antara lain membincangkan mengenai rundingan damai antara dua pihak yang bertelagah. – AFP

[wpdevart_youtube]3wAdeQq9VqM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori