• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Tidak Sedar Miliki Kereta Klon

oleh Ahmad Albab
01/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

GURUN – Seorang doktor gigi tidak menyangka kereta yang dibelinya dengan bayaran pendahuluan RM10,000 merupakan kereta klon sehinggalah kereta tersebut ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah hari ini.

Doktor lelaki berusia 30-an itu yang sedang bergegas balik ke Kuala Lumpur dari Alor Setar bersama seorang lagi rakan kerana panggilan tugas, ditahan di kawasan Rehat dan Rawat Gurun kira-kira 11 pagi tadi.

Beliau memberitahu JPJ kereta Toyota Wish itu dibelinya secara dalam talian.

Pengarah JPJ Kedah, Amir Onn Mustapha berkata nombor casis kereta itu didapati tidak didaftar dan reka bentuk lampu serta cukai jalannya agak berbeza.

“Kereta itu akan disita dan kita akan dapatkan kebenaran mahkamah untuk lucut hak dan akan dilelong,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata dalam operasi itu 60 saman dikeluarkan meliputi pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, menggunakan cermin gelap, nombor pendaftaran dan lampu tidak mematuhi spesifikasi. – BERNAMA

Tags: doktorkereta
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

Beban Kerja Tinggi, Peluang Kerjaya Terhad Punca Doktor Tinggalkan Sektor Awam

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Beban kerja yang tinggi serta waktu kerja yang panjang dikenal pasti antara sebab utama doktor dan pakar...

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd