SELEPAS bercinta selama 9 tahun dan mengikat tali perkahwinan 4 tahun, komposer terkenal David Foster dilaporkan sah bercerai dengan isterinya Yolanda Foster, yang juga merupakan bekas model dan teraju utama drama bersiri Real Housewives of Beverly Hills.
Yolanda kini dilaporkan sedang bertarung dengan Lyme, sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Dia sebelum ini sering mengeluarkan kenyataan menyayangi David kerana terus menerus memberikan sokongan padanya untuk terus kuat melawan penyakit berkenaan.
Ramai peminat terkejut dengan berita penceraian ini kerana mereka dilihat begitu serasi bersama. Tambahan lagi, empat minggu sebelum berita penceraian mereka tersebar, mereka sempat menyaksikan Los Angeles Lakers bersama.
Mereka menyatakan mahu memilih haluan berasingan walaupun sudah sekian lama berkongsi kegembiraan sebagai pasangan yang bahagia. Punca sebenar kepada perpisahan ini tidak dinyatakan kepada media. – MYNEWSHUBCC
Oleh: SyafikJalil
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=uoi0QpUEW3w]

