• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuti Panjang, Laluan Ke Utara Di Lebuh Raya PLUS Sesak

oleh Ahmad Albab
25/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) pagi ini menunjukkan peningkatan ke arah utara berikutan warga kota mula pulang ke kampung halaman bersempena cuti panjang iaitu Maulidur Rasul hari ini dan Hari Krismas esok.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata jumlah kenderaan bertambah di Rawang Selatan menghala ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Rawang, Lembah Beringin ke Tanjung Malim dan Slim River ke Sungkai.

Beliau berkata, terdapat sebuah lori terbakar di Km21.7 di lorong kiri dari Kota Damansara ke Bukit Lanjan kira-kira pukul 8.52 pagi.

“Api berjaya dipadam, namun lori itu belum dialihkan dan trafik bergerak perlahan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Gombak ke Karak, berdekatan Plaza Tol Gombak turut dilaporkan perlahan.

Orang ramai boleh mengetahui maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
– BERNAMA

Tags: PLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd