Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Influenza Cepat Merebak, Boleh...

SHAH ALAM - Virus influenza disifatkan sebagai penyakit yang amat berbahaya kerana mudah...

PKPS 2.0 Peluang Berbakti...

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sedang melaksanakan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS)...

11 Pencari Emas Dipercayai...

JAKARTA - Sebelas orang dipercayai maut akibat tertimbus runtuhan tanah lumpur dalam hujan...

Remaja Maut, 4 Rakan...

ALOR SETAR - Seorang remaja maut manakala empat rakannya cedera apabila kereta mereka...

Cuaca Pagi Diramal Baik Pada Hari Krismas Esok

KUALA LUMPUR – Cuaca di seluruh negara pada keseluruhannya diramal baik pada waktu pagi sambutan Hari Krismas esok dengan hujan diramal pada sebelah petang dan malam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan cuaca di kebanyakan tempat di seluruh negara pada sebelah pagi dijangka baik kecuali di beberapa kawasan pantai di Terengganu, Kelantan, Pahang, Kudat dan Sandakan yang diramalkan hujan.

Sementara pada sebelah petang, ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di seluruh Semenanjung serta beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sarikei, Betong, Mukah, Sibu, Bintulu , Miri, Limbang dan Kapit.

Kenyataan itu turut menyebut, kawasan di pedalaman dan pantai barat Sabah juga dijangka mengalami ribut petir di satu dua tempat.


Pada sebelah malam pula, beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Selangor serta di beberapa bahagian di Kuching, Samarahan, Kapit, Miri dan Limbang dijangka mengalami hujan.

Beberapa kawasan di bahagian pedalaman dan pantai barat di Sabah turut dijangka mengalami hujan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cuaca

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori