• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Bina Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru

oleh
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek mega landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru akan diberikan kepada pengendali kereta api negara China, China Railway, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Kita komited dan berharap ini akan mempercepatkan projek tersebut. Apabila projek ini siap pada 2020, ia akan melengkapkan keseluruhan rangkaian landasan berkembar elektrik ke Padang Besar, Perlis,” katanya.

Beliau mengumumkan perkara demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Pameran Kereta Api Berkelajuan Tinggi China di sini pada Jumaat.

Tiong Lai berkata pada masa ini, rangkaian landasan kereta api seluruh negara meliputi jarak keseluruhan sejauh 1,641.4 kilometer, dengan 46 peratus daripadanya merupakan landasan berkembar elektrik.

Baca: Menteri Tak Setuju KTMB Caj Budak Sama Macam Tiket Dewasa

Untitled
Projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru.

Laluan kereta api KTMB berkenaan akan dilanjutkan lagi kepada 58 peratus apabila siap sepenuhnya projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru berkenaan dalam masa lima tahun lagi.

Projek penyiapan landasan sektor Selatan antara Gemas di Negeri Sembilan dan Johor Bahru, Johor itu yang akan bermula tahun depan ujar beliau, dijangka melibatkan kos sebanyak RM7.13 bilion.

Landasan baharu sepanjang 197 kilometer itu bakal menyediakan kapasiti untuk kereta api mampu mencapai kelajuan maksiumum 160 kilometer sejam, dengan had laju operasi 140 kilometer sejam.

KTMB melancarkan perkhidmatan Komuter dan ETS ke sektor Utara Semenanjung sejak 7 September lalu selepas projek landasan berkembar elektrik Tanjung Malim-Ipoh-Butterworth-Gurun-Padang Besar siap sebelum itu.

China Railway pada 17 Oktober lalu turut berjaya mendapat tender projek tren laju pertama Indonesia antara Jakarta-Bandung sepanjang 150 kilometer dengan kos AS$5 bilion. – Mynewshub.cc

Tags: kereta apilandasan berkembar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd