• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelukis Terkenal India, Hema Upadhyay Dibunuh Kejam

oleh AK-47
19/12/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

DELHI: Seorang pekerja gudang diberkas pihak polis atas tuduhan membunuh pelukis terkenal India, Hema Upadhyay dan peguamnya Harish Bhambhani.

Kedua-dua mangsa ditemui mati dalam keadaan tragis dengan kedua-dua tangan diikat dan mayat mereka disumbat ke dalam kotak yang dibungkus plastik.

Menurut jurucakap polis India Utara Inspektor Sujit Pandey, susulan kes berkenaan suspek bernama Sadhu Rajbhar yang bekerja sebagai jurukimpal telah ditahan di Uttar Pradesh.

Suspek dikatakan telah mengaku membunuh kedua-dua mangsa bersama empat rakannya yang lain.

Menerusi kenyataan diberikan suspek, Upadhyay dibunuh kerana enggan membayar $7,500 (RM32,224.89) kepada seorang pemilik gudang manakala peguamnya, dibunuh kebetulan kerana berada di lokasi yang sama dengan Upadhyay.

Antara hasil seni yang dihasilkan oleh mendiang Hema Upadhyay.
Antara hasil seni yang dihasilkan oleh mendiang Hema Upadhyay.

Pihak polis mengesahkan kad kredit dan debit milik mangsa ada bersama Rajbhar ketika dia ditahan namun sejauh mana penglibatan suspek dalam pembunuhan kejam ini masih lagi disiasat.

Dream A Wish, Wish A Dream: Antara karyanya yang terkenal
Dream A Wish, Wish A Dream: Antara karyanya yang terkenal

Walaupun Rajhbar telah mengaku membunuh, majikannya dilaporkan masih bebas dan belum disoal siasat.

Upadhyay, 43, merupakan pelukis terkenal di India dan banyak melahirkan karya yang menggambarkan keadaan migrasi dan kepelbagaian budaya di India. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: CNN

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CkBbvMbtzDA]

Tags: Hema UpadhyayMumbai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

19 Maut Bangunan Runtuh Di Mumbai

19 Maut Bangunan Runtuh Di Mumbai

29/06/2022
0

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh apabila hujan lebat mengakibatkan sebuah bangunan empat tingkat runtuh di bandar Mumbai, kata...

Lelaki Warga India Pulang Ke Mumbai Dari Afrika Selatan Positif COVID-19

29/11/2021
0

NEW DELHI: Seorang lelaki India berusia 32 tahun yang tiba di Mumbai dari Afrika Selatan melalui Delhi disahkan positif Coronavirus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd