• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 4.0: Maria Chin Mohon Batal Pertuduhan

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Maria Chin Abdullah hari ini memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan berhubung penganjuran perhimpunan itu, di Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Honey Tan Lay Ean, yang mewakili Maria, 59, ketika kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh.

Tan turut memohon penangguhan prosiding kes itu sementara menunggu pendengaran di Mahkamah Tinggi selesai dan ia tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Mahkamah kemudiannya merekodkan permohonan itu dan menetapkan 29 Feb tahun depan untuk pengurusan kes.

Maria, yang juga Pengerusi Perhimpunan Bersih 2.0, didakwa sebagai penganjur gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis Daerah Brickfields, di sini 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan itu di hadapan kompleks beli-belah NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini antara 2 petang hingga 3 petang, 29 Ogos lepas, yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Tan ketika ditemui pemberita berkata anak guamnya memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan itu atas alasan ia tidak berpelembagaan dan terbatal. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]yk1pYGbORV0[/wpdevart_youtube]

Tags: Bersih 4.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arahan Menteri Haram Kemeja-T Bersih Tak Munasabah

29/08/2016
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memutuskan bahawa perintah menteri dalam negeri untuk mengharamkan penggunaan kemeja-T kuning Bersih...

Bersih 4.0: 19 Februari Untuk Keputusan Semakan Kehakiman

02/02/2016
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 19 Februari ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd