KUALA LUMPUR – Kedah bersedialah untuk berhadapan dengan pasukan yang memegang rekod 32 kali memenangi Piala Malaysia.
Demikian reaksi girang Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Selangor berikutan kejayaan pasukan bola sepak Selangor mara ke peringkat akhir Piala Malaysia 2015.
Ketuanya, Abbas Azmi berkata, pihaknya sangat gembira dengan kejayaan Selangor tersebut dalam misinya memburu kejuaran Piala Malaysia buat kali ke-33.
“Alhamdulillah, Selangor berjaya melangkah ke final Piala Malaysia setelah mengalahkan pasukan Pahang pada malam tadi.
“Pemuda PAN Selangor melahirkan rasa bangga dengan pencapaian ini.
Misi memburu Piala Malaysia bagi kali yang ke-33 hampir menjadi kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Selangor dan Kedah mara ke peringkat akhir Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan lawan masing-masing di gelanggang sendiri malam tadi. – mynewshub.cc

