• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhati-Hati Sebarkan Sebarang Berita – PM Najib

oleh Ahmad Albab
27/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara ini lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita, terutamanya yang diterima melalui media sosial dan aplikasi mesej.

Beliau berkata berita tidak sahih yang disebarkan akan mewujudkan suasana tidak tenteram atau “a climate of fear” dalam kalangan rakyat dan merosakkan reputasi negara di mata dunia.

Katanya implikasinya amat besar, terutamanya kepada ekonomi negara.

“Baru-baru ini saya lihat ramai menyebarkan berita mengenai kejadian letupan bom di Petaling Jaya, yang kini kita semua tahu bukanlah apa yang sebenarnya berlaku.

“Perkara seperti ini boleh dijadikan iktibar kepada semua untuk lebih berhati-hati dalam menyebarkan sebarang berita, terutamanya yang diterima melalui media sosial dan aplikasi mesej,” katanya dalam catatan menerusi blog beliau, NajibRazak.com.

Najib berkata adalah tanggungjawab semua untuk memastikan sebarang berita yang diterima adalah sahih dan tepat.

Beliau berkata dari segi hubungan sesama rakyat Malaysia, berita tidak sahih yang disebarkan akan membawa kepada fitnah, yang membawa kepada perpecahan serta mengganggu-gugat keharmonian yang telah dibina bertahun lamanya.

“Hari ini, dengan adanya teknologi di tangan, amat mudah untuk sesiapa sahaja sebarkan maklumat, tetapi malangnya ramai yang tidak ambil peduli mengenai kesahihan maklumat atau berita yang diterima dan terus menyebarkannya.

“Marilah kita lebih bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi yang ada, dan insya-Allah Malaysia akan kekal harmoni dan dalam peliharaan Allah SWT,” katanya.

Dalam kejadian 21 Dis lepas, enam buah kereta terbakar dan ia adalah akibat perbuatan seorang lelaki yang bertindak membaling botol berisi petrol yang dinyalakan api ke arah tempat duduk belakang sebuah daripada kenderaan itu.

Kejadian itu bukanlah disebabkan letupan bom seperti mana tersebar dan menjadi viral di media sosial. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]tJs3MS1k2q4[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Bayi Ajaib Tsunami’ Azam Raih 8A UPSR Tahun Depan

Next Post

Wakil Rakyat Belanja Penduduk Bukit Katil Tonton Star Wars

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Wakil Rakyat Belanja Penduduk Bukit Katil Tonton Star Wars

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd