• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bergaduh Di Kota Raya: Seorang Ditahan, 14 Lagi Diburu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang suspek kes pergaduhan di kompleks beli-belah Kota Raya ditahan polis semalam manakala 14 lagi suspek yang terbabit dalam kes itu masih diburu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji berkata suspek yang diburu itu melibatkan sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan dan jurujual telefon bimbit di kompleks berkenaan.

“Suspek yang ditahan 5 petang selepas kejadian semalam ialah seorang lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai penjaga parkir di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Jurujual, Pelanggan Telefon Bergaduh Di Kompleks Kota Raya

Beliau berkata pergaduhan itu berlaku selepas sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan, tidak berpuas hati dan mendakwa mereka ditipu oleh jurujual telefon bimbit terbabit.

“Polis akan mengeluarkan imej beberapa suspek yang terbabit dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata polis akan memohon reman terhadap suspek lelaki yang ditahan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan.

Semalam, sekumpulan lelaki dipercayai pelanggan dan jurujual telefon bimbit bergaduh di tingkat bawah kompleks beli belah Kota Raya di sini.

Klip video pergaduhan itu, yang berdurasi dua minit dan 30 saat, telah dimuat naik dalam YouTube.

Video itu menunjukkan beberapa lelaki bergaduh dengan jurujual di sebuah kedai telefon bimbit, dan ada yang membaling kerusi ke dalam kedai berkenaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ZQlrPD8AnOI[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain JDT Bergson Antara 10 Pemain Dengan Hatrik Terbanyak Abad Ke-21

Pemain JDT Bergson Antara 10 Pemain Dengan Hatrik Terbanyak Abad Ke-21

31/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva terus mencipta nama dalam arena bola sepak apabila...

Sultan Selangor Gering Akibat Influenza A, Kesihatan Baginda Namun Beransur Pulih

Sultan Selangor Gering Akibat Influenza A, Kesihatan Baginda Namun Beransur Pulih

31/10/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj kini gering akibat dijangkiti virus Influenza A sejak semalam, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd