Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Harga RON95, RON97 Naik...

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 bagi tempoh 22 Februari 2020 sehingga 28...

Perluas Skop Fungsi Masjid...

KOTA BELUD - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan...

4 Parti Politik Tubuh...

KOTA KINABALU – Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, STAR, PBRS dan...

Pendaki Malaysia Hilang: SAR...

PUTRAJAYA - Misi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang...

Barangan Rumah Bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng Disita

IPOH – Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini, menyita barangan dalam rumah milik bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman.

Ia berikutan kegagalannya melunaskan bayaran ganti rugi RM200,000 dalam satu kes saman fitnah membabitkan dirinya dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Mengesahkan tindakan itu, Hamidah ketika dihubungi BH enggan mengulas lanjut.

“Betul, saya mahu bertenang dahulu,” katanya menerusi mesej dalam aplikasi WhatsApp di sini, sebentar tadi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 27 April lalu memerintahkan Hamidah membayar jumlah berkenaan kepada Khalid atas penerbitan artikel bertajuk `Umat Islam Perlu Bersatu’ dalam blognya sekitar Januari 2010.

Dalam artikel berkenaan, Hamidah didakwa memuatkan gambar teknik imej bertindih Khalid berpakaian ala paderi.


Pernyataan tuntutan Khalid yang difailkan pada 23 Disember 2011 mendakwa gambar itu menunjukkan seolah-olah beliau seperti paderi dan seorang yang murtad.

Sumber: BHarian Online

[wpdevart_youtube]uj78Wr57j3o[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • sita

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori