• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahasa Arab Boleh Bantu Ubah Tanggapan Salah Tentang Islam

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakar linguistik dan cendekiawan dalam dunia kesusasteraan Arab boleh memainkan peranan penting dalam membetulkan tanggapan salah tentang Islam, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Beliau berkata golongan ini boleh mengubah persepsi masyarakat dunia dengan menyebarkan kesedaran tentang ajaran Islam yang tulen di sebalik penyebaran ideologi radikal dan ekstremis.

Bahasa Arab merupakan bahasa yang diiktiraf penggunaannya oleh Allah SWT melalui penurunan al-Quran dan mereka yang memahami dan bertutur dalam bahasa itu mampu memahami maksud Islam yang sebenar, katanya.

“Anda berada dalam kedudukan terbaik untuk mengubah persepsi masyarakat dunia tentang ajaran Islam dengan menyebarkan mesej keamanan, kesederhanaan dan keadilan di negara masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan edisi kelima Persidangan Antarabangsa Bahasa Arab dan Kesusasteraan 2015 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini Rabu.

Justeru, beliau menggesa tokoh akademik dan cendekiawan dari dunia Islam supaya meningkatkan pengajian dan penyelidikan mengenai kesusasteraan dan bahasa Arab bagi terus menyebarkan konsep dan kekuataan wasatiyyah (kesederhanaan) yang terbukti dapat menyelesaikan konflik dunia.

Persidangan tiga hari itu disertai 100 pensyarah dan pelajar dari dunia Islam termasuk 50 peserta Malaysia.

Antara topik perbincangan ialah pengajian bidang kesusasteraan Arab dalam sejarah Islam, ciri-ciri bahasa Arab, syair dan puisi moden. – BERNAMA

Tags: islamReezal Merican
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

Wanita Didakwa Ludah Polis, Hina Agama Islam

04/01/2026
0

ALOR SETAR – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas tiga pertuduhan termasuk meludah,...

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

‘Saya Sahkan KJ Memang Setia Kepada UMNO, Cinta Kasihnya Hanya Pada Parti Ini’ – Reezal Merican

30/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd