• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASNB Umum Dividen 6.10 Sen Untuk 2015

oleh Ahmad Albab
28/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.10 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2015, berbanding 6.45 sen seunit yang diagihkan pada 2014.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sejumlah RM106.72 juta dan memberi manfaat kepada 1.25 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 1.75 bilion unit ASN.

“Sehingga 23 Dis, ASN mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM126.27 juta,” kata beliau pada sidang akhbar selepas mengumumkan agihan dividen itu di sini hari ini

Daripada jumlah berkenaan, keuntungan daripada jualan saham menyumbang 63.3 peratus, diikuti dengan pendapatan dividen daripad a pelaburan dalam syarikat-syarikat (28 peratus) dan instrumen lain (8.7 peratus).

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Ekseutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata dividen yang lebih rendah itu disebabkan oleh persekitaran ekonomi yang mencabar, seperti harga komoditi yang rendah dan prestasi pasaran saham yang kurang memberangsangkan.

“Indek FTSE Bursa Malaysia KLCI telah mencatat penurunan sebanyak 5.5 peratus kepada 1,663.51 mata pada 23 Disember, 2015 daripada 1,761.25 mata pada 31 Disember, 2014,” katanya.

Agihan pendapatan akan dilaburkan semula ke dalam unit tambahan ASN dan akan secara automatik dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit berdasarkan nilai bersih setakat 31 Dis, 2015.

Pemegang unit boleh mengemas kini akaun ASN mereka bermula 4 Jan, 2016 di mana-mana pejabat ASNB atau ejennya di seluruh negara.

Semua urus niaga ASN di ibu pejabat ASNB, pejabat atau ejennya digantung pada 24 Dis tahun ini sehingga 3 Jan ini bagi memudahkan pengiraan agihan pendapatan dan urus niaga boleh dijalankan semula pada 4 Jan, 2016. – BERNAMA

Tags: ASNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dividen ASB 4.25 Sen, Pengagihan Ehsan 0.75 Sen

23/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.0...

ASNB Benar Pengeluaran Dalam Talian

20/04/2020
0

ANAK syarikat pengurusan unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan kemudahan pengeluaran pelaburan secara dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd