• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Askar Stormtrooper Star Wars Kena Jaga White House?

oleh
23/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON DC – White House di sini turut dilanda ‘demam’ episod terbaharu filem Star Wars: The Force Awakens, apabila robot R2-D2 dan dua anggota tentera elit Stormtrooper muncul mengejutkan ramai wartawan.

Dengan penampilan singkat dalam bilik taklimat media di bahagian West Wing bangunan pejabat dan kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat (AS) itu, kehadiran ‘mengejut’ mereka turut mencetuskan suasana ceria seketika.

Kedatangan watak terkenal ini sempena acara tayangan amal khas filem itu untuk kanak-kanak daripada keluarga yang kehilangan seseorang dalam peperangan dan ia dihoskan sendiri oleh Wanita Pertama AS, Michelle Obama.

white house1

Star Wars: The Force Awakens dijangka mencatat kutipan jualan lebih AS$200 juta menjelang hujung minggu ini dan mungkin mengatasi pungutan yang diraih oleh filem Jurassic World sebanyak AS$208.8 juta pada Jun lalu.

Siri ketujuh itu menampilkan beberapa pelakon baharu selain yang asal, Harrison Ford, Mark Hamill dan Carries Fisher. Di pasaran antarabangsa, sekuel Star Wars itu setakat ini mencatatkan hasil AS$72.7 juta di 44 negara.

Filem epik ini yang dihasilkan oleh George Lucas bermula pada 1977 lalu sebelum gergasi pengeluar filem, Disney ‘membelinya’ daripada syarikat penerbitan terkenal, Lucasfilm dengan bayaran sebanyak AS$4 bilion pada 2012.

– Agensi/Myewshub.cc/HAA

Tags: disneyStar Wars
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengkritik Kecewa Dengan Finale Star Wars

25/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Menamatkan 24 tahun kejayaan yang panjang  bukanlah kerja mudah. Selepas mendapat kritikan teruk dalam Star Wars: The Last...

Pos Malaysia Lancar Setem Edisi Terhad Star Wars

19/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) buat pertama kalinya melancarkan setem edisi terhad bertemakan Star Wars, dengan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd