PASANGAN selebriti terkenal, Antonio Banderas dan Melanie Griffith akhirnya disahkan bercerai selepas aktres itu menfailkan penceraian pada Jun tahun lalu.
Hasil dari penceraian tersebut, aktor yang terkenal dengan watak Zorro itu diarahkan membayar nafkah sebanyak AS$65,000 (RM277,148) sebulan kepada bekas isterinya itu.
Selain itu, kediaman mewah pasangan tersebut yang terletak di Aspen, Colorado, Amerika Syarikat turut diberikan kepada Melanie.
Walaupun tidak lagi hidup bersama, pasangan romantis ini dilaporkan akan tetap meneruskan hubungan baik di antara mereka.
Antonio dan Melanie berkahwin pada 1996 selepas mereka berkenalan secara kebetulan menerusi filem Too Much setahun sebelum itu.
Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Stella Banderas, 19, yang juga merupakan seorang pelakon. – MYNEWSHUB.CC