Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

MESTECC Nama Baru Kementerian

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kini dikenali...

Netizen Nak ‘Samak’ Telinga...

SETELAH sekian menyepikan diri daripada sebarang publisiti, usahawan kosmetik, Nur Sajat nampaknya sekali...

Mekanisme Polisi Insurans Bencana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memutuskan berhubung penyediaan polisi insurans bencana banjir untuk...

Puak Orang Asli Temiar...

Jabatan Perhutanan Kelantan memberi kata dua kepada puak orang asli Temiar untuk menghentikan...

Angah Raja Lawak Nikah Februari 2016

TAHNIAH diucapkan kepada Angah Raja Lawak dan tunangnya, Ameera Asyura yang bakal bernikah pada 19 Februari tahun depan serta mengadakan majlis resepsi pada 20 Februari di Melaka.

Angah juga memberitahu bahawa segala persiapan hanya dilakukan secara sederhana dan majlis itu turut akan dilakukan di Melaka sahaja.

“Persiapan sederhana kerana majlis hanya akan diadakan di sebelah pihak sahaja iaitu di Melaka. Sudah pasti media dan peminat akan diundang dan saya mula edarkan kad bermula Januari setelah ia sudah selesai dicetak”

“Perasaan gementar untuk nikah itu tidak ada sangat tetapi memikirkan keadaan kehidupan setelah sembilan tahun menjadi duda. Sebelum ini tidak ada sesiapa, jadi apabila tinggal berdua sudah pasti bawa kelainan dalam hidup saya,” katanya.


Ameera masih lagi menuntut di UiTM Lendu, Melaka namun Angah mengatakan perkara tersebut sudah dibincangkan sebelum ini.

Dan pastinya Ameera perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dengan waktu belajarnya selepas bergelar isteri kelak. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=OQwTElYBLJY]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori