• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Maut Kemalangan Di Jambatan P.Pinang

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang ahli perniagaan maut selepas kereta yang dipandunya gagal mengelak sebuah lori milik Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) yang sedang menjalankan kerja memasang penghadang di pembahagi jalan di Jambatan Pulau Pinang di sini tengah malam tadi.

Jurucakap polis berkata dalam kemalangan di Kilometer 0.8 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, mangsa Khor Chong Meng, 30, yang memandu Toyota Camry maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan termasuk lehernya hampir putus.

“Kemalangan berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah pulau menuju Perai dipercayai memandu laju dan gagal mengelak lori Propel yang sedang berhenti di lorong kanan yang dalam proses memasang penghadang di tengah jambatan.

“Selepas rempuhan di bahagian belakang lori, kereta dipandu mangsa berpusing beberapa kali sebelum melanggar pembahagi jalan di tengah jambatan,” katanya.

Katanya semasa kejadian itu terdapat tiga pekerja sedang bekerja termasuk mengawal lalu lintas dan memasang kon untuk menutup lorong kanan laluan.

Jurucakap itu berkata tiga pekerja berusia 23 hingga 39 tahun itu tuut mengalami luka dan bengkak di badan serta kepala selepas dilanggar kereta mangsa.

“Pemeriksaan polis mendapati terdapat papan tanda ‘awas’ dan ‘had laju’ dipasang sejauh 200 meter di hadapan dari lokasi petugas Propel menjalankan tugas mereka,” katanya.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat manakala dua pekerja berkenaan turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan katanya kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]s4JsSDVomgY[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd