Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

10 Tahun Jaga Khazanah...

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hairan kerana sepanjang tempoh 10...

Nik Zawawi Diarah Tarik...

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

JPAM Bukan Sekadar Penangkap...

KUALA LUMPUR - Setiap kali binatang berbisa seperti ular masuk ke rumah atau...

Mekanik Dijel 10 Tahun,...

PETALING JAYA - Seorang mekanik dihukum penjara 10 tahun dengan dua sebatan oleh...

Ahli Perniagaan Malaysia Mati Ditembak 10 Das Di Hatyai

HATYAI – Seorang ahli perniagaan Malaysia mati ditembak tengah hari Jumaat oleh pihak yang belum dikenali semasa dalam perjalanan dari Sadao menuju Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai, Songkhla.

Menurut polis Thailand, mangsa dikenali sebagai Lee Ah Wan, 54 tahun; yang berasal dari Kedah tetapi sudah lama menetap di Mukim Sanakam, Daerah Sadao, Songkhla.

Ketua Polis Mukim Thunglung, Kolonel Polis Wichapan Chantaraporn berkata, mangsa ditembak semasa berada dalam sebuah Mercedes Ben S300 bersama teman wanitanya yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau berkata penembak yang berada dalam sebuah kereta menggunakan raifal M16 untuk melepaskan puluhan tembakan ke arah kereta mangsa di Jalan Kanchanavanich, Kampung Klongplom, Mukim Thunglung, Hatyai.


Ah Wan dilaporkan terkena lebih 10 das tembakan di bahagian kepala dan badan serta terdapat berpuluh-puluh kesan tembakan pada keretanya tersebut, kata Wichapan lagi.

Motif pembunuhan masih lagi disiasat sama ada turut mempunyai kaitan dengan soal perniagaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori