• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Keluarga, Rakan-Rakan Beri Penghormatan Terakhir

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Anggota keluarga dan rakan mangsa tragedi bas di Chiang Mai, utara Thailand Ahad lepas, diberi peluang memberi penghormatan terakhir kepada mangsa mulai hari ini sebelum upacara pembakaran mayat atau pengkebumian bermula seawal Jumaat ini.

Bagi pasangan suami isteri yang terkorban, Ong Pek Ming dan Chua Ah Kim, keduanya akan dikebumikan di tanah perkuburan Cina, Jalan Minyak Beku, di sini Sabtu ini, kata abang Ah Kim, Chua Ah Chuan.

“Kali terakhir berjumpa mendiang (Ah Kim dan suami) ketika pagi sebelum rombongan bertolak ke Chiang Mai. Kami berkumpul satu keluarga pagi itu untuk menyambut ulang tahun kematian mak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Urus Mayat Persatuan Koon Yew, Jalan Fatimah, di sini hari ini.

Ah Chuan berkata tiada perubahan pelik dilihat pada adiknya kecuali Ah Kim begitu teruja untuk menyertai percutian ke Chiang Mai selama lima hari empat malam itu.

Ah Kim, 55, yang bekerja di sebuah kebun organik di Kluang dan suaminya Pek Ming, 61, meninggalkan tiga anak, dua lelaki dan seorang perempuan, yang kesemuanya berusia dalam 20-an.

Sementara itu, jasad pesara guru kanan SJK (C) Yeong Chang di sini, Wong Yoke Ying akan dibakar di Pagoh, Muar, Jumaat ini, sebelum abunya disimpan di Banang Memorial Park.

Menurut adik lelaki Yoke Ying, Wong Kok Heng, kehilangan kakaknya yang merupakan anak kedua dari tujuh adik-beradik itu amat dirasai, setelah turut kehilangan abang sulung tahun lepas.

Bagi anggota keluarga Ker Ah Hwee, seorang ahli perniagaan perabot, pemergiannya sangat terkesan apatah lagi beliau mempunyai dua anak lelaki yang masih remaja, kedua-duanya 17 dan 19 tahun.

Mereka yang keduanya kelihatan masih terkejut dengan berita nahas itu, sering mengikuti ibu bapa mereka untuk percutian singkat setiap hujung minggu, namun kali ini tidak dapat berbuat demikian, kata bapa saudara mereka Kerk Kiang Leong.

Sementara itu, jasad pengusaha teh herba tradisional Cina, Lum See Seng, 63, akan dibakar pada Jumaat di Pagoh sebelum abunya disimpan di satu tempat yang akan ditentukan kemudian oleh keluarganya.

Anak perempuan See Seng, Lum Ker Xin, 23, masih tidak percaya yang gambar yang dihantar oleh bapanya yang menunjukkan wajah gembira setibanya di Chiang Mai dengan kapsyen “Happy Landing” merupakan gambar terakhir ayahnya.

Bagi anak sulung Ong Chui Hoe, Teo Shih Hui, 30 berkata adiknya, Teo Shih Theng, 28 adalah yang paling terkesan dengan pemergian ibunya memandang percutian itu dibiayai olehnya meskipun ibunya pada mulanya enggan menyertai rombongan itu.

Malah Shih Theng turut pengsan apabila mula-mula mendengar perkhabaran sedih itu yang turut meragut nyawa ibu saudaranya, Ong Chai Hong manakala ayahnya, Teo Chien Chor dan bapa saudara dan suami Chai Hong, Goh Bak Chai, tercedera dalam kejadian itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]b_ccc08Frmw[/wpdevart_youtube]

Tags: Nahas Bas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

127 Pegawai KPDNKK N.Sembilan Pantau Harga Barangan

Next Post

Barangan Rumah Bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng Disita

Related Posts

Nahas Bas Pelancong Indonesia Ragut 14 Nyawa

16/05/2022
0

SURABAYA: Sekurang-kurangnya 14 individu terbunuh dan lebih 12 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa pelancong tempatan, melanggar papan iklan...

Nahas Bas: Bapa Tidak Kisah Anak Dikebumikan Di Turki

17/10/2019
0

PETALING JAYA - “Saya tidak kisah anak dikebumikan di mana sahaja,” kata Miswan Sayuti, yang kehilangan anaknya, Azalan yang terbabit...

Next Post

Barangan Rumah Bekas Ketua Wanita UMNO Gopeng Disita

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd