Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Akan Umum Kajian...

PUTRAJAYA : Kajian terhadap Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan diumumkan dalam masa terdekat...

Beberapa Kawasan Di Ibu...

KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih dua jam yang melanda ibu negara hari...

Penubuhan Majlis Presiden PN...

KUALA LUMPUR - UMNO bersetuju dengan cadangan pembentukan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN)...

Tarikh Lihat Anak Bulan...

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Khamis, 20 April...

Agong Kurnia Darjah Kebesaran Dan Pingat Kepada 146 Penerima

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan tahun 2015 kepada 146 orang penerima.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu di Istana Negara di sini bersempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disambut pada 6 Jun lepas.

Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan kali ini ialah Pegawai Khas kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Huzairi Zainal Abidin yang menerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN).

Antara penerima lain darjah berkenaan ialah Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ahmad Dahuri Mahmud dan Ketua Sektor Pendidikan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Ahmad Shukor Mansor.


Turut menerima KMN ialah Timbalan Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang Akmar Omar dan Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Azizi Lin.

Seri Paduka turut mengurniakan Darjah Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 40 penerima termasuk anggota Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Datin Sadiah Suluhee, Anggota Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Livan Tajang, Ketua Wanita UMNO Bahagian Pandan Nora Mad Idris dan Ketua Wanita MCA Bahagian Kuala Kangsar Loh Man Mun.

Selain itu, sejumlah 67 individu lain menerima Pingat Pangkuan Negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori