Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Kesedaran Tentang Kesihatan Mental...

SEREMBAN – Kesedaran tentang kesihatan mental dan rawatan pencegahan awal dalam kalangan penduduk...

Muhammad Adib Perlu Dikenang...

ALOR SETAR - “Muhammad Adib perlu dikenang sebagai wira negara”. Itu pandangan Kasim Md...

Pahang Ke Arah Atlet...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang kini ke arah pelaksanaan pemakaian patuh syariah terhadap...

Cheng Hoe Dilema Pilih...

NILAI — Ketua jurulatih skuad bola sepak negara, Tan Cheng Hoe mengakui agak...

Adira Mengaku Dah Kahwin, Bergelar Isteri Kedua Datuk Seri

PENYANYI Adira Suhaimi, 24; akhirnya mendedahkan dia sudah pun bernikah dan kini bergelar isteri kedua kepada seorang bergelar Datuk Seri sejak tiga minggu lalu.

Sebelum ini, Mynewshub ada menyiarkan artikel eksklusif yang mana Adira dipercayai sudah pun bernikah dengan suami orang yang bergelar Datuk Seri.

BACA:  Adira Sudah Berkahwin, Jadi Isteri Kedua VIP Muda?

Maka terjawablah teka-teki mengenai status terkini penyanyi berkulit cerah itu.

Memetik Harian Metro, Adira menjelaskan dia berdiam diri, tidak memberitahu perkara sebenar mengenai perkahwinannya itu bukan kerana ingin menyembunyikannya, sebaliknya dia mahu menjaga hati banyak pihak.

“Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak.

“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” katanya.


Berita mengenai perkahwinan Adira mula tersebar selepas madunya yang dikenali sebagai Datin Red membuat pendedahan di ruangan komen gambar di Facebook milik penyanyi itu dengan menulis bahawa dia dan Adira berkongsi suami.

Apa-apa pun, selamat melayari bahtera rumah tangga buat Adira, suami dan juga madunya.

Moga perkahwinan yang dibina sentiasa dalam keadaan harmoni dan sejahtera hendaknya. InsyaAllah. – MYNEWSHUB.CC

‘Hijrah bukan satu beban’ – Adira

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori