• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hazmat Bomba N.Sembilan Jalani Latihan Pengurusan Bencana

oleh Ahmad Albab
22/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seramai 35 anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menjalani latihan bersama pasukan Pusat Kawalan Tindakan Kecemasan Kualiti Alam, dalam usaha menangani sebarang kemungkinan bencana melibatkan kebocoran bahan kimia.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata latihan tersebut diadakan berikutan kes kebakaran yang pernah berlaku di pusat pengumpulan sisa bahan berjadual di Kualiti Alam pada awal tahun ini.

“Berdasarkan kes kebocoran bahan berjadual yang pernah berlaku sebelum ini, pihak bomba dan pihak Kualiti Alam akan mempertingkat jalinan kerjasama untuk menambah latihan berkaitan pengurusan bencana melibatkan kebocoran bahan kimia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas tamat Latihan Pengurusan Bencana di Pusat Kualiti Alam di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cenviro Khalid Bahsoon.

Latihan itu turut disertai Polis Seremban 2, kakitangan Hospital Tuanku Jaafar, Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Jabatan Alam Sekitar dan pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia negeri.

Norazam berkata pihaknya bercadang untuk memperbanyak lagi latihan pengedalian bencana di Pusat Kualiti Alam pada tahun hadapan.

“Berdasarkan pemerhatian, saya berpuas hati dengan kebolehan anggota pasukan kecemasan Pusat Kualiti Alam dalam mengendalikan bencana di peringkat awal dan mengawal situasi.

“Selain itu, Pusat Kualiti Alam juga mempunyai kemudahan Pusat Kawalan Tindakan Kecemasan yang dilengkapi dengan 16 anggota, satu ambulans dan satu jentera, yang boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan di kawasan sekitar,” katanya.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]Bgt_NKJeASM[/wpdevart_youtube]

Tags: Bomba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd