• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Anggota Geng Samun ‘Tiger Loong’ Ditahan Di Ampang

oleh Ahmad Albab
24/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki dipercayai anggota ‘Geng Tiger Loong’ yang aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar Ampang di sini.

Ketiga-tiga mereka yang berusia lingkungan 30-an ditahan selepas menyamun sebuah premis perniagaan di Kampung Tasik Permai, Ampang, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata mereka ditahan ketika cuba melarikan diri menggunakan kereta.

“Terdahulu, suspek telah menyamun wang tunai kira-kira RM20,000 di premis itu. Pemeriksaan ke atas mereka membawa kepada penemuan wang tunai dipercayai hasil samun berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata siasatan awal mendapati kumpulan itu aktif menjalankan kegiatan samun sejak awal September lalu.

“Kami percaya dengan tertangkapnya ketiga-tiga lelaki ini kami berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes samun di sekitar Ampang,” kata Hamzah sambil menambah ujian air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika melakukan samun dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan dan denda – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ehtx7z1vDdw[/wpdevart_youtube]

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd