• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Dhani Cerita Mengapa Dia Ceraikan Maia, Nikahi Mulan

oleh AK-47
28/12/2015
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KALAU bercakap tentang gosip yang sedang hangat dibicarakan peminat seni muzik Indonesia, isunya adalah tentang pengakuan terbuka (akhirnya) penerbit, komposer dan penyanyi terkenal Ahmad Dhani, 43 berkaitan isu perkahwinannya dengan Mulan Jameela yang pernah jadi rakan baik serta anggota duo Ratu yang turut dianggotai bekas isterinya, Maia Estianty.

Terdapat beberapa perkara yang dijawab secara terbuka oleh Ahmad Dhani berkaitan isu yang sekian lama mencetuskan kontroversi terhadap keluarganya ini ketika ditemubual Deddy Corbuzier, Khamis lepas.

Antaranya pengakuan seniman yang dikenali dengan sifat ‘berlagak’ ini bahawa dia menangis saat mengambil keputusan untuk menceraikan Maia.

Gambar kenangan Ahmad Dhani dan Maia Estianty ketika masih muda.
Gambar kenangan Ahmad Dhani dan Maia Estianty ketika masih muda.

Bos syarikat Republik Cinta Management (RCM) itu berkata, dia terpaksa menceraikan Maia disebabkan satu perkara yang disifatkannya melampaui batas dan tidak dapat ditoleransi.

Lafaz cerai kepada Maia dikirimkan Ahmad Dhani menerusi SMS berbunyi, “Aku haramkan tubuhku menyentuh tubuhmu.”

Menyentuh karakter Maia dan Mulan, Ahmad Dhani berkata Mulan seorang yang kuat manakala Maia sangat berbeza iaitu terlalu ‘rapuh’.

Dalam pada itu, baru-baru ini timbul kontroversi apabila anak-anak Ahmad Dhani bersama Maia yang digelar Al, El dan Dul dikatakan sebenarnya tidak setuju dengan tindakan bapa mereka bercerai lalu berkahwin menikahi Maia dan menyuarakannya secara terbuka.

Ahmad Dhani berkata, alasan mengapa dia menceraikan ibu mereka terlalu sensitif namun sudah pun diberitahu tetapi lumrah sebagai anak-anak, mereka tetap menyebelahi si ibu.

Bagaimanapun vokalis Dewa 19 ini mengakui, baru kini dia ada berasa kesal dan ingin memohon maaf kerana tak mampu mempertahankan keluarga hingga anak-anak terpisah daripada ibu mereka.

20151125_114545_harianterbit_Maia-Dhani-Mulan-2

Begitu pun, Ahmad Dhani tetap Ahmad Dhani.

Selain berlagak bahawa SMS lafaz cerainya berbunyi hebat dan tidak gunakan ayat ‘biasa-biasa’ dia sempat memerli, isteri yang ego dan suka meninggalkan suami bukan mudah hendak mencari suami baru manakala yang sebaliknya akan mendapat balasan kebahagiaan pada usia tua. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Kompas

Tags: Ahmad DhaniMaia EstiantyMulan Jameela
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Raja Permaisuri Sampai Sumbangan Kepada Anak Yatim

Next Post

Bakar Kereta Dekat LRT: Despatch Mengaku Tak Bersalah

Related Posts

Ahmad Dhani Nafi Dewa 19 Ejen Yahudi Di Indonesia

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Ahmad Dhani menepis sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakannya dan kumpulan Dewa 19 merupakan ejen penyebar fahaman Yahudi di...

Ahmad Dhani Bebas Dari Penjara

30/12/2019
0

AKARTA - Penyanyi popular Indonesia, Ahmad Dhani dibebaskan hari ini dari penjara Cipinang Jakarta Timur. Ahmad Dhani diiringi pegawai penjara...

Next Post

Bakar Kereta Dekat LRT: Despatch Mengaku Tak Bersalah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd