• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Jepun Seks 12,000 Gadis Didakwa Ada 150,000 Foto Bogel

oleh
26/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Seorang bekas guru besar Jepun yang pernah dibayar dengan khidmat seks 12,000 wanita Filipina, kini didakwa lagi di mahkamah daerah Yokohama pada Sabtu kerana memiliki 150,000 gambar bogel gadis Filipina.

Hakim mendakwa Yuhei Takashima, 65 tahun; yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun dan tambahan empat tahun lagi, menurut laporan agensi berita tempatan Jiji Press memetik sumber mahkamah.

Tertuduh dilaporkan sebelum ini pernah dipenjara kerana kesalahan mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur iaitu 14 tahun namun dibebaskan setelah dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut lagi.

Kali ini dia didakwa menyimpan koleksi ratusan ribu gambar telanjang gadis antara usia 12 dan 14 tahun yang dirakamkan di beberapa hotel di Filipina kira-kira dua tahun lalu dan dalam 400 naskhah album foto berlainan.

Kesemua 150,000 gambar tersebut diperoleh sepanjang 27 tahun berada di Filipina dan bekas pengetua sekolah menengah itu dilaporkan suka menyimpan foto erotik sebagai kenangan ‘terindah’ dengan gadis terbabit sendiri.

Baca: Raja Lawak Jepun Curi Puluhan Skirt Pelajar Demi Puas Nafsu

Gambar hiasan

Kegiatan seksual Takashima bermula apabila dia dihantar ke sebuah sekolah antarabangsa Jepun di Manila pada 1988 dan dia melakukan tiga kali penjelajahan seks setahun menjadikan keseluruhan 65 kali lawatan di sana.

Sepanjang tempoh itu, dia mengaku telah berjaya menyetubuhi lebih 12,000 wanita Filipina berusia dari serendah 14 tahun sehingga paling tua 70 tahun yang masih lagi ‘kuat’ nafsu seks mereka, menurut stesen Nippon TV.

Hakim Naiko Omori menyifatkan perbuatan Takashima itu sebagai jijik dan menganggap tertuduh sengaja cuba mengambil kesempatan atas kemiskinan ekonomi gadis Filipina yang terdesak memerlukan duit perbelanjaan.

“Tidak kira di Jepun atau Filipina, kanak-kanak perempuan perlu dilindungi. Awak sebagai guru sepatutnya lebih maklum,” tegas hakim wanita itu sambil mengutuk keras ketagihan Takashima berulang kali berbuat demikian.

Pendakwa raya dilaporkan stesen pemerintah, NHK bagaimanapun dijangka memohon hukuman penjara dua tahun. Di Jepun, menyimpan imej atau video seks pornografi gadis bawah 18 tahun boleh dihukum penjara.

Kementerian Kehakiman Jepun yang meminda undang-undang itu bermula musim panas lalu turut mengenakan hukuman denda sejuta yen (kira-kira RM7,577) dan penjara selama setahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jepunseks
Share202Tweet127SendShare

Related Posts

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

Anwar Ke Jepun Mahu Tarik Pelaburan Berkualiti Ke Malaysia

09/06/2026
0

TOKYO – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau melakukan lawatan rasmi ke Jepun sehingga Rabu ini dalam usaha...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd