• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut, Seorang Cedera Parah Kemalangan 4 Kenderaan

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah lori tangki dengan empat kereta di KM45.2 Lebuh Raya Senai-Desaru, dekat Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Abdul Samad Salleh berkata dalam kejadian pada 6.30 pagi itu, Haris Yusuf, 53, yang memandu kereta Proton Wira dan Tan Hock Sing@Mohamed Abdullah, 68, pemandu Perodua Myvi, maut di tempat kejadian.

Sementara, Mohd Ariffin Ngah, pemandu Nissan Sunny mengalami kecederaan parah.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika Haris yang datang dari arah Pasir Gudang menuju ke Desaru, Kota Tinggi bertindak memotong sebuah kenderaan lain lalu bertembung dengan sebuah lori tangki dari arah Desaru menuju Pasir Gudang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Akibatnya, lori tangki berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan melanggar Perodua Myvi, Nissan Sunny serta sebuah lagi Proton Wira.

Beliau berkata kedua-dua pemandu berkenaan maut akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini, untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera turut dirawat di hospital sama. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd