Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Statut Rom: Saifuddin Kena...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah diasak pembangkang hari ini dalam...

2,340 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan...

Lelaki Buat Kutipan Derma...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki warga emas yang sedang membuat kutipan...

Bukan Warganegara Perlu Bayar...

KUALA LUMPUR - Semua individu bukan warganegara yang masuk dari semua pintu masuk...

Kolej Al-Quran Terengganu Mula Beroperasi Jan 2016

KUALA TERENGGANU – Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) akan memulakan operasinya dengan status institusi pendidikan tinggi swasta yang bertaraf kolej pada 1 Jan tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata serentak itu, KQT akan menawarkan dua kursus pengajian di peringkat diploma setelah berjaya memperoleh kelulusan Perakuan Pendaftaran Kolej Yayasan Terengganu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada November lalu.

“Kelulusan mengendalikan dua kursus pengajian iaitu kursus Diploma Tahfiz dan Qiraat serta Diploma Tahfiz dan Bahasa Arab itu diperoleh daripada KPM sejurus mendapat perakuan memenuhi keperluan kualiti daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Sehubungan itu, KQT merancang untuk melaksanakan program pengajian tersebut mulai Jun 2016 dengan pendaftaran pelajar dilakukan pada Mei,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Untuk kumpulan pertama pengajian diploma itu, seramai 60 pelajar akan diambil yang setiap kursus mempunyai 30 pelajar.


Mengulas lanjut, Ghazali berkata proses pertukaran nama kepada KQT juga dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat dan kekal beroperasi di kampus Institut Quran dekat Padang Midin di sini.

“Proses naik taraf ini diharap mampu melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam dalam kalangan anak negeri Terengganu selaras hasrat kerajaan negeri yang terus memartabatkan pendidikan di negeri ini,” katanya.

Sejak ditubuhkan 25 tahun lalu, institusi milik kerajaan negeri itu mengeluarkan lebih 1,000 sijil tahfiz kepada penuntutnya serta memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui program pengajian al-Quran yang turut dibuka kepada umum. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]v1NItM0VAWE[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • kolej

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori