• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Palini Juarai Peringkat Keempat Serta Rampas Jersi Biru

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pelumba Itali, Andrea Palini merampas jersi biru daripada rakan sepasukan Francisco Mancebo selepas menjuarai peringkat keempat perlumbaan basikal Jelajah Malaysia 2015 (JM2015), di sini hari ini.

Pelumba berusia 26 tahun itu menamatkan laluan kedua terpanjang dalam edisi kali kini iaitu 115.3km dari Berjaya Times Square di Jalam Imbi ke Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di sini dengan catatan masa dua jam, 42 minit dan 22 saat.

Kejayaan itu membolehkan Palini, yang mewakili pasukan Dubai Pro Cycling Team, merampas jersi biru daripada Mancebo, dengan 26 mata, kelebihan satu mata daripada pencabar terdekat, Park Sung Baek dari Korea Selatan.

“Perlumbaan ini adalah sukar kerana banyak serangan daripada pelumba lain selepas zon pendakian. Saya gembira untuk menang peringkat ini dengan bantuan dua rakan sepasukan,” kata Palini.

“Walaupun objektif pasukan untuk menjuarai jersi kuning selaku pelumba terbaik keseluruhan, saya akan cuba mengekalkan jersi biru ini pada peringkat akhir esok,” katanya.

Pencapaian hari ini merupakan kejayaan enam peringkat tahun ini bagi Palini selepas Jelajah Mesir (dua peringkat), La Tropicale Amissa Bongo (satu) dan menang dua peringkat pada Jelajah Hainan.

Dalam pada itu, Mancebo berazam untuk mengekalkan jersi kuning pada peringkat akhir esok.

“Matlamat pertama untuk mengekalkan jersi kuning dan pasukan berusaha keras untuk membantu saya mengekalkan jersi ini. Saya fikir pasukan akan mempunyai strategi untuk mencapai sasaran ini,” kata pelumba Sepanyol berusia 39 tahun itu.

Mancebo mengekalkan jersi kuning dengan mengumpul catatan masa 8’48:53s selepas empat peringkat.

Sementara itu, jersi merah, selaku Raja Bukit masih menjadi milik pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Nur Amirul Marzuki selepas mengumpul 14 mata.

Biarpun berkongsi mata dengan pelumba Iran, Hamid Beikkhormizi daripada pasukan Pishgaman Giant Team, komisar perlumbaan memutuskan jersi itu masih menjadi milik Nur Amirul selepas pelumba itu menjuarai tiga zon pendakian.

Pada perlumbaan hari ini, Nur Amirul menjuarai zon pendakian pertama di Look Out Point Ampang selepas dua kejuaraan zon pendakian pada perlumbaan peringkat pertama Rabu lepas manakala Beikkhormizi hanya menang satu zon pendakian.

Jelajah Malaysia 2015 akan melabuhkan tirainya esok dengan perlumbaan peringkat akhir sejauh 47km dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]zS6ck4cQIVQ[/wpdevart_youtube]

Tags: lumba basikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Le Tour de Femina 2019 Julung Kali Di Malaysia

03/05/2019
0

PUTRAJAYA - Malaysia buat julung kalinya akan menganjurkan perlumbaan jelajah berbasikal wanita antarabangsa Le Tour de Femina (LTdF) 2019 pada...

Litar Basikal Lajak Tidak Akan Dibina Di Johor

16/05/2017
0

KOTA ISKANDAR - Kerajaan negeri buat masa ini belum bercadang untuk membina litar basikal lajak kerana banyak perkara perlu diambil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd