• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Tahan Lelaki Miliki Pistol, Dadah

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Polis Kelantan menahan seorang lelaki disyaki anggota sebuah sindiket pengedaran dadah dan merampas sepucuk pistol dalam satu tangkapan di Chabang Tiga Haji Kasim, Binjai di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suspek berumur 31 tahun itu ditahan dalam sebuah kereta kira-kira pukul 1 pagi di kawasan berkenaan.

“Ketika ditahan suspek berada dalam keadaan khayal dan hasil pemeriksaan menemui sepucuk pistol jenis Colt dan empat peluru di dalam poket seluar suspek.

“Pemeriksaan lanjut turut menjumpai bungkusan surat khabar mengandungi lima botol plastik berisi serbuk dipercayai dadah jenis heroin,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata siasatan turut mendapati suspek merupakan salah seorang daripada empat anggota sindiket pengedaran dadah yang sedang diburu di negeri ini dan pernah terlibat dengan kes samun bersenjata serta pernah mencuri kereta di Bachok.

Beliau berkata suspek direman selama tujuh hari bermula Isnin lepas hingga 13 Dis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1951.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai ‘Medan Jelawat’ ditahan di sebuah hotel di Kuantan, Pahang pada pukul 11.30 malam, juga pada Isnin.

“Selain itu, seorang lagi suspek turut ditahan ketika sedang cuba mencuri sebuah kereta di Kampung Padang Lati, Bachok pada Ahad lepas dan kita masih memburu seorang lagi suspek daripada kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai ‘Amir’.

“Kumpulan ini menjalankan aktiviti pengedaran dadah sekitar Kota Baharu dan Bachok dan mendapatkan senjata api dari negara jiran,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan berkata sejak Januari hingga semalam, pihaknya merampas 11 pucuk pistol membabitkan enam kesalahan jenayah berbanding lapan pucuk pistol dalam tempoh sama pada tahun lepas.

“Kita memandang serius berhubung kes senjata api di Kelantan dan tidak akan berkompromi dengan kes seumpama ini yang boleh mengancam nyawa orang awam,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pistolpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd