Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Sultan Perak Tegur Orang...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur sikap segelintir orang...

Penganjur Tarian Minta Maaf

KUALA LUMPUR – Penganjur Perak MUDA  (MUDA) Medalist Dancesport Competitions 2019 and 7th Perak...

Masih Kedengaran Bunyi Ketukan...

MUAR - Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih mendengar bunyi ketukan dari...

Jelajah Presiden UMNO Bermula...

KUALA LUMPUR - Presidan UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan menjelajah...

Nicol Rangkul Kejuaraan Berturut-Turut Ke-10

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mengekalkan kejuaraannya di Kejohanan Terbuka Hong Kong untuk kali 10 berturut-turut setelah menumpaskan pesaing rapat, Laura Massaro dari England di perlawanan akhir, pada Ahad.

Perlawanan itu merupakan perlawanan akhir ke-100 dalam Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) buat Nicol.

Dalam perlawanan akhir di Pusat Sukan Hong Kong, Nicol, 32 yang merupakan pilihan kedua kejohanan menewaskan Laura straight set 15-13, 11-9, dan 11-3 dalam masa 39 minit.

“Saya sangat bersemangat hari ini dan memberikan segalanya, ” kata Nicol selepas kemenangan itu sebagaimana dipetik dari lawan sesawang skuasy www.squashsite.co.uk.

Untuk rekod Nicol memenangi Terbuka Hong Kong sembilan kali — 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014.


Pada 2005, beliau memenangi kejuaraan dunia pertamanya di Kejohanan Dunia Terbuka Wanita yang juga diadakan di Hong Kong.

Sementara itu, dalam kategori lelaki, pemain nombor dua dunia Mohamed Elshorbagy dari Mesir menewaskan pemain Australia Cameron Pilley 11-8, 11-6 dan 11-8. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]7lfiq-78VuY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori