• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Disahkan Mangkat

oleh AK-47
07/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Anakanda keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar, iaitu Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil telah disahkan mangkat, petang Sabtu.

Sebelum ini, satu portal berita tempatan pernah melaporkan bahawa Tunku Abdul Jalil menghidap kanser hati tahap empat dan kondisi kesihatannya turut dikatakan semakin kritikal.

Berita kemangkatan Tunku Abdul Jalil turut disahkan ibu saudara baginda, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar menerusi laman sosialnya.

“Inna lillah wa inna ilaihi rojiun….. semoga Allah SWT cucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya Jalil yang baru mangkat kembali ke Rahmatullah…  Al-fatihah….,” tulisnya.

azizah

Menurut sumber daripada istana, jenazah Almarhum akan dibawa balik ke Istana Besar Johor di sini dan akan disemadikan dimakam DiRaja, Jalan Mahmodiah, pada Ahad selepas solat Zohor.

“Mohon persiapan dari segi keselamatan dan lalulintas di kedua-dua tempat,”tulis kenyataan itu. Sebelum ini, pelbagai spekulasi tentang keadaan kesihatan Tunku Abdul Jalil diperkatakan.

Difahamkan putera itu dirawat di salah sebuah hospital di Singapura. Terdahulu, pengguna laman sosial yang bersimpati dengan keadaan Tunku Abdul Jalil juga telah mewujudkan hashtag #prayForTunkuJalil.

Para peminat bola sepak negeri tersebut turut memasang kain rentang yang bertuliskan hashtag itu di pagar salah sebuah stadium dalam perlawanan tempatan melibatan pasukan JDT.

Fullscreen-capture-6152015-10419-PM

Difahamkan, almarhum Tunku Abdul Jalil suatu ketika pernah menjalani pembedahan organ di sebuah hospital di bandar raya Guangzhou, wilayah Guangdong, China.

Malah, menerusi laman Facebook Sultan Johor, baginda ada memaklumkan anakandanya, Tunku Abdul Jalil sedang menjalani rawatan di sebuah hospital setelah mengalami jangkitan berulang.

Almarhum disifatkan sebagai individu yang berjiwa rakyat dan amat disenangi ramai orang kebanyakan dek keramahan, kemesraan dan senyuman ceria yang sentiasa terukir pada wajahnya.

Stesen radio tempatan BestFM dan Johor FM sejak waktu Maghrib turut memutarkan lagu-lagu sentimental dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran menerusi siaran program harian mereka.

Tengku-Jalil-Siti_4

Selain itu, seperti diketahui ramai, Tunku Abdul Jalil juga merupakan sahabat baik kepada penyanyi Nombor Satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.

Almarhum yang dilahirkan pada 5 Julai 1990 merupakan putera keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Portal berita tempatan turut melaporkan Tunku Abdul Jalil mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah di sini.

Al-Fatihah… – MYNEWSHUB.CC

Baca: Jangkitan Berulang, Tunku Jalil Jalani Rawatan Kanser Hati?

Juga: Tunku Jalil Bela Buaya Sebagai Haiwan Peliharaan?

Lagi: Video Alamak.. Tunku Jalil Kena Pukul Dengan Jururawat?

Dan: Video Aksi Selamba Tunku Jalil Kisar Ais Di Gerai ABC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=VBNCo55k5QY]

Tags: tunku jalil
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Sultan Johor Titah Polis Tahan Mat Rempit Depan HSA

03/02/2018
0

MURKA... Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar murka tindakan golongan mat rempit menjadikan Jalan Pantai Lido di hadapan Hospital...

Permaisuri Sedih KMJ Kali Ini Tanpa Ku Lil

15/05/2016
0

KEMBARA Mahkota Johor merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. Acara itu turut melibatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd