• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Tampil Perjelas Dakwaan Pecat Jururawat Tutup Aurat

oleh AK-47
05/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOSPITAL swasta yang dikatakan memecat seorang jururawat wanita gara-gara menutup aurat, akhirnya tampil pada Sabtu memperjelaskan dakwaan tersebut.

BACA: Jururawat Hospital Swasta Ditegah Tutup Aurat

Menurut Pengurus Kewangan dan Pentadbiran Hospital Damai Service, Regina Sundram, jururawat tersebut ditamatkan perkhidmatan adalah disebabkan tidak hadir bekerja selama dua hari tanpa sebab.

“Dia tidak hadir selama dua hari tanpa sebab dan tidak melaporkannya kepada pihak pengurusan bahawa dia tidak hadir.

“Kami anggap dia secara tidak langsung telah berhenti kerja. Dia diberhentikan bukan kerana pakai pakaian lengan panjang.

“Mengikut akta buruh, sekiranya pekerja tidak hadir bekerja lebih dari dua hari bekerja, boleh dikira telah berhenti,” katanya kepada portal propembangkang, Malaysiakini.

Pada Jumaat, seorang jururawat Naziah Sauni Samat, 24, ditemani Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan telah mengadakan sidang media mendakwa dibuang kerja kerana menutup aurat.

Naziah memberitahu, dia tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang dan stoking tangan berwarna kulit ketika menjalankan tugas.

Sementara itu, Regina mengakui pihaknya tidak membenarkan jururawatnya mengenakan pakaian seragam berlengan panjang, namun jururawat Muslim masih lagi boleh memakai tudung.

“Kami tidak melanggar akta yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, malah peraturan pemakaian seragam berlengan pendek dibuat untuk mengelak jangkitan kuman pada pesakit dan memudahkan kerja,” katanya.

Tambahnya, pihak pengurusan hospital juga telah memberi ruang bagi Naziah berfikir sama ada untuk meneruskan kerja di situ atau berhenti sendiri namun Naziah tetap datang bekerja dengan memakai stoking lengan dan ianya telah melanggar peraturan pemakaian hospital. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=RPri02600J4]

Tags: auratjururawat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Denda RM10 Jika Buang Sampah Merata-rata Di Dungun

Next Post

KKM: Kes HIV Dijangka Menurun Tahun Ini

Related Posts

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

11/09/2024
0

Kota Bharu : Jururawat yang dipercayai memberi susu kepada bayi lelaki berusia 30 hari sebelum mangsa didapati meninggal dunia di...

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

04/09/2024
0

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud. IKUTI...

Next Post

KKM: Kes HIV Dijangka Menurun Tahun Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd