• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasar Nelayan Mampu Tingkatkan Pendapatan Nelayan

oleh Ahmad Albab
05/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Langkah kerajaan membuka pasar nelayan berjaya membantu meningkatkan pendapatan nelayan di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali.

Menurut beliau, setakat ini Perlis berjaya mewujudkan dua buah pasar tani iaitu di Kuala Sungai Baru dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Empat dan Kuala Perlis dalam kawasan DUN Kuala Perlis.

Bercakap kepada pemberita di sini Bakri memberitahu, pasar nelayan di Kuala Sungai Baru bermula Jun lalu sementara di Kuala Perlis mula beroperasi pada Ogos 2015.

Katanya, kedua-dua pasar nelayan berkenaan dikendalikan oleh persatuan nelayan kawasan dan persatuan nelayan negeri, dan ia berjaya melatih para nelayan dalam bidang perniagaan dan pemasaran, selain menangkap ikan.

Beliau memberitahu, pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah menyediakan kemudahan asas seperti bangunan dan peralatan untuk membantu persatuan-persatuan nelayan berkenaan memulakan perniagaan dan menguruskan pasar nelayan masing-masing.

Katanya, walaupun baharu sahaja diwujudkan, kedua-dua pasar nelayan terbabit menampakkan kejayaan yang memberangsangkan berdasar kepada hasil jualan yang diperolehi setiap bulan.

Beliau memberitahu, rekod yang diperoleh menunjukkan nilai jualan pasar nelayan Kuala Sungai Baru ialah antara RM4,000 hingga RM8,000 sebulan sementara nilai jualan di Kuala Perlis ialah antara RM38,000 hingga RM45,000 sebulan.

“Saya yakin nilai jualan tersebut akan terus meningkat dari semasa ke semasa jika jumlah tangkapan dapat dipertingkatkan sekali gus membantu meningkatkan pendapatan nelayan terbabit,” ujarnya. – BERNAMA

Tags: Nelayanpasar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jawapan Johan Bila Diajak Ke Tribute Pak Yus Buat Ramai Sebak

Next Post

Penyelia Pusat Pdk Diseru Tambah Ilmu Bantu Golongan OKU Maju Diri

Related Posts

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Jari Tangan Kanan Peniaga Burger Putus Tersepit Mesin Pengisar Daging

Nelayan Didakwa Cabul Anak Luar Nikahnya Sendiri

16/11/2023
0

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencabul...

Next Post

Penyelia Pusat Pdk Diseru Tambah Ilmu Bantu Golongan OKU Maju Diri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd