• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Buka Tudung Kerana Cari Rezeki” – Pelakon Senior, Normah

oleh AK-47
07/12/2015
dalam Artis, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI yang perasan, pelakon senior Normah Damanhuri sudah mula berhijab setelah pulang dari mengerjakan umrah pada 2011.

Bagaimanapun, baru-baru ini aktres berusia 61 tahun ini dilihat muncul dengan gaya tidak bertudung bagi menjayakan drama.

Tindakan itu sekaligus mengundang tanda tanya ramai yang keliru dengan penampilan sebenarnya.

Mengulas hal itu, Normah berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah dan bergantung mengikut kesesuaian watak.

“Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak.

“Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Normah, keputusan untuk tampil dengan imej tanpa tudung dalam drama lakonannya tidak dipaksa mana-mana pihak, namun atas kerelaan hatinya sendiri.

Sementara itu, Normah akui dia bersyukur masih lagi diterima penerbit drama dan filem yang memerlukan khidmatnya berlakon meskipun usianya semakin lanjut.

“Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti kerja. Ertinya, bukan sekadar perlu datang awal dan menghafal skrip semata-mata, tetapi kita perlu membuat persiapan awal, iaitu tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja lakonan.

“Kalau tak, nanti persembahan yang disampaikan tidak cantik, sekali gus menyusahkan orang sekeliling untuk membuat rakaman semula.

“Itu yang saya pegang sehingga kini dan Alhamdulillah, saya masih lagi relevan dalam industri,” tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Normah kini sedang menjayakan drama Tuan Anas Mikael di Astro Ria.

Sumber: mStar Online

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=5LqrZB2-V00]

Tags: tudung
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

BlackBerry Priv Bakal Diperkenalkan 8 Disember Ini!

Next Post

“Hanya Allah Tahu Kenapa Mereka Buat Begitu” – Putin

Related Posts

Pengasas Bawal Exclusive Beri Amaran Pihak Ciplak Tudung

12/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive Sdn. Bhd. (Bawal Exclusive) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang kepada...

Tudung Merdeka Trend Raikan Sambutan Hari Kebangsaan

20/08/2019
0

SHAH ALAM - Trend tudung bercorak bendera Malaysia dan bunga raya antara tarikan baharu terdapat di pasaran sempena Hari Kebangsaan...

Next Post

"Hanya Allah Tahu Kenapa Mereka Buat Begitu" - Putin

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd