KES salah faham membabitkan Fazura yang menjadi viral semalam masih belum menemui titik noktah kerana peminat terus menjadikan perkara itu sebagai lawak jenaka.
Mungkin perkara itu dirasakan agak melampau, Fazura dikatakan telah membuat satu laporan polis. Benarkah?
Perkara ini masih belum dapat dipastikan, tetapi tindakan pembantu Fazura memuat naik gambar bersama Fazura di Balai Polis telah mendapat perhatian netizen.
Ramai yang mengatakan bahawa Fazura pergi membuat laporan kerana dirinya tidak dapat menerima hakikat menjadi bahan gurauan.
Malah, isu di balai polis ini juga telah menjadi bahan gurauan sekaligus menyambung rentetan isu #KimK yang disangkakan carutan “kim*k” oleh Fazura.
Jom kita tengok antara gambar troll yang wujud gara-gara isu ini! – MYNEWSHUB.CC






