• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Hasmah Lancar Buku Wanita Peneraju Dunia Akademik

oleh Ahmad Albab
02/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebuah buku bertajuk ‘Women in Malaysian Academia’, yang diterbitkan bagi mengiktiraf sumbangan dan kebolehan wanita yang pernah menyandang jawatan pro-canselor, canselor, naib canselor dan rektor di universiti awam dan swasta Malaysia, dilancarkan hari ini.

Buku jenis ‘coffee-table’ mengenai wanita yang menerajui institusi pengajian tinggi di Malaysia setebal 160 halaman yang pertama kali diterbitkan itu, mengandungi biografi 32 tokoh wanita berserta sebahagian ucapan mereka.

Isteri perdana menteri keempat, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, melancarkan buku itu di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) hari ini. Buku itu adalah terbitan bersama YKP dan Universiti Multimedia.

Dalam ucapannya, Dr Siti Hasmah berkata beliau mendapat idea mengenai penerbitan buku itu beberapa tahun lepas apabila menyedari belum terdapat sebarang buku diterbitkan mengenai wanita yang berkhidmat sebagai canselor, pro-canselor dan naib canselor di universiti Malaysia.

“Saya harap penerbitan ini akan memberi inspirasi kepada wanita Malaysia lain untuk maju dalam kerjaya masing-masing,” katanya sambil menjelaskan bahawa buku itu memberi sanjungan dan menonjolkan wanita hebat yang berjaya meredah halangan serta merintis jalan baharu untuk dilalui wanita lain.

Dr Siti Hasmah berkhidmat sebagai canselor Universiti Multimedia selama 15 tahun. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OqYJN5hgwn8[/wpdevart_youtube]

Tags: Tun Dr Siti Hasmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Siti Hasmah Melawat Muhammad Adib Di IJN

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa selama 45 minit melawat anggota bomba...

Semua Anggota Bomba Diminta Berhati-Hati Jalankan Tugas

03/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meminta semua anggota bomba berhati-hati dalam menjalankan tugas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd